Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Thursday, December 16, 2010

Nyesal beli buku

Akhir2 ni aku suka sangat tengok blog2 orang yang buat kraftangan. Buat baju kanak2, beg, kait mengait dan macam2 lagi lah. Sume aku tingin nak buat. Tapi husband tak bagi...dia suruh habiskan jahit manik baju customer dulu...huuuuuu...memang dah lama sangat aku peram baju tu..cuma sejak pregnant aku macam dah boring lak jahit manik...nak jahit guna mesin jahit plak..hihi..

Tapi minggu lepas aku berjaya gak buat tote beg sendiri (gambar akan diupload kemudian). Pujuk husband dengan alasan boleh save duit dr beli handbeg baru..handbeg lama dh koyak..hihi..aku berjaya jahit beg tu dalam kurang 3 jam.

Alkisahnya, aku tengok kat internet tutorial2 jahit beg ni. Memang tgk hari2 tahap hafal step dah. Tu yang cepat je jahit.

Cakap pasal nyesal beli buku tu...minggu lepas pegi Popular aku jumpa buku cara2 buat beg kain. Excited gilerla trus beli. Tapi ada plastik so tak boleh nak curi2 tgk. Lepas baya je trus bukak. Dengan hampanya, aku TAK PUAS hati dengan kandungan buku tu. Gambar tak jelas. Arahan pun tak jelas. Tahapa2. Macam tak ikhlas je nak ngajo orang. Kalau malas buat buku, tak payahla buat. Buat rugi orang je beli buku ko (nanti aku upload gamba buku tu).

Aku rasa tutorial kat internet lagi bagus. Free lak tu. Pemilik blog lebih ikhlas masa sampaikan maklumat. Gambar clear. Step pun clear. Memang paham bangatla. Puas hati la orang kata. Patutnya buku yang kena bayo tu la yang da best. Ni yang free lak lg ok. Nampak sangat buat buku untuk duit semata2. Bukan nak berkongsi ilmu. Penulis macam ni yang aku mencik!!!!

Tapi ada yang writer yang ok. Macam Rosita Jaafar, buku tentang manik. Memang berbaloi aku rasa beli buku tu. Smpai sekarang aku guna atau tengok2 sbg rujukan.

Lepas ni aku akan lebih berhati2 beli buku. Kalau boleh cari kat internet dulu. Kalau takde baru beli buku. Husband slalu galakkan aku beli buku apa2pun. Dia kata tambah ilmu. Tapi kalau macam ni gayanya...ntah bila la nak beli buku lagi...jangan ingat orang yang tak beli buku tak minat membaca...cari maklumat kat internet lagi bagus...free lak tu..

Live To Discover..

No comments: