Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, May 10, 2011

Anytime??? Gulp

Esok 37 minggu...Doc kata by this weeks, baby akan kuar anytime...

Alhamdulillah baru balik check up...dan setakat ini semua ok. Kedudukan baby ok, uri ok, ketuban ok, BP n gula dlm darah aku pun ok. Cuma aku tak berapa sihat dalam minggu ni. Demam+batuk+sakit tekak especially mlm2. Huhhhh...susah nk tido.

Check up kali ni mencabar sebab kena buat keputusan berat. Kebetulan pulak hubby tak dapat ikut tadi. Doc tanya nak bersalin normal ke c-sec? Doc ada terangkan, kalo c-sec InsyaAllah kadar baby survive tinggi. Cuma risiko kat akula bab2 luka2 dalaman tu walaupun risikonya rendah. Tapi kalo normal, dua2 baby n mak ada risiko. So cara dia cakap tu macam galakkan c-sec memandangkan aku ni takde living child dan memang nak anak.

Sebelum ni penah bincang dengan husband dah...kami memang nak baby lahir normal, so aku buat keputusan nak normal jela, selebihnya berserah je pada Allah. Semoga pilihan kami ni tepat..amin..

So sekarang ni tunggu sakit bersalin datang jela...tu pun ada due..kena bersalin gak sebelum 1 Jun. Kalo sampai 1 Jun tak bersalin gak, aku kena admit ward for induction (induce kot). Doc kata tak boleh lebih dari tarikh tu sebab ada kencing manis. Emm..apa2 jela doc. Maknanya tarikh lahir baby adalah selewat2nya 1 Jun..hihi..

Baby, ummi makin berdebar2la. Macam tak caya baby dah nak kuar walaupun perut ni memang dah beso sungguh...hihi. Tak sabar nak tengok muka baby ummi ni. Adakah hidung baby ikut ummi macam abang Syakirin dulu (hidung I yang jambus)? Ikut hidung abah jela ek..hihi..tak kisahla sayang..ikut sapa pun takpe. Janji baby sihat dan normal.

Live To Discover..