Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, January 13, 2009

HANGIN SATU BADAN!!!!!!

Salam semua,

Benci, benci , benci....benci kat semua sistem kat Malaysia ni...konon negara membangun...melingkup ade la...bayangkan..nak renew roadtax dan insurans moto (kapcai) pun teruk bangatttttt...

Ceritanya gini....roadtax moto hubby I will end at 13th jan (today...ignore this post's date, rubbishhhh). Actually dari semalam aku dah pegi pejabat pos (terminal, cyberjaya). Tup tup kakak kaunter tu cakap Kurnia Insurans ade problem 2-3 minggu (What??!!). So kena buat kat tempat lain, cari agent etc...daa??? tak penah aku tau mane2 agent sebelum ni. Agen insurans adalah makhluk tuhan yang paling tak seksi di mata aku selama ni...skang kena cari lak..

So atas nasihat kak wa aku searchla kat internet pasal Kurnia Insurans...nak cari agen terdekat. GOTCHA!! jumpe satu kat Pasar Awam Presint 8 Putrajaya...So aku pegila tempat tu waktu lunch setelah aku menge'call' dulu untuk confirm bukak ke x...sampai2 aku terus tunjuk slip insurans yang lama dan tanya bape kena bayo?terus dia bukak fail yang tebal 2 inci...scary...dan dia buat pengiraan yang panjang berjela seperti di bawah:

Basic Premium: rm48.60
+ Loading 100% (umur moto): rm48.60
total:rm97.20
+ loafing 10% (umur pemilik moto):rm2.70
total lagi:rm99.90
- less 25% (konon):rm 24.97
total:rm 74.92
+ stamp duty (banyek canteek):rm 10.00
total:rm84.92
+ (again) service charge:rm10.00
TOTAL:rm 94.92

can u imagine???sebelum ni aku bayo rm46.45 jek..bukan ke patutnyer semakin lama makin kurang insurans???nape naik lak???Bodoh punya kurnia insurans...hangin tahap gaban ni..

sambung cite..lepas agen tu abis kira, aku terkejut beruk + gorila..aku dahla bawak rm50 jek..mana cukup...dengan malunya aku cakap tak jadila renew...tak cukup duit..rupanya agentu cakap si Kurnia Insurans baru ubah polisi..boleh gitu?suka2 hati tuka tanpa war2 kan pada customer...kat sini aku nk tanya..apa hak pengguna sebenarnya? macam takde jek..benci benci benci...

So hari ni (last day of expired) aku pegila ke agen tu again, bawak duit secukupnya...melayangla duit ku..nasib boleh dapat rebate yang tak seberapa tu...lepas buat insurans aku pegila ke pejabat pos untuk proceed renew roadtax lak...sampai2 je lega tak ramai orang...aku beratur no 2 jek...tetiba aku ternampak satu sign merah "KOMPUTER DI LUAR TALIAN" . Berdegup jantung tu...tapi mata aku ni nampakla salah satu sistem yang down adalah JPJ al-buldush. Aku tanya kakak kauunter tu...sah!! JPJ sistem down...WHATTT!!! again. Tensyennyer....dari semalam aku jenuh berusaha me'renew' roadtax untuk hubby tercinta yang takde masa nak kuar sejak naik pangkat...sian dia jadi bahan aku melepaskan kemarahan...sorry bang...I tried my best...tp tak dapek nak tolong...

Kecewa sungguh aku dengan sistem2 kat malaysia ni...pada sapa nak mengadu ek?...maka tak be'renew'la roadtax moto hubby I..sapa yang salah? Kurnia Insurans dan JPJ yang aku tunjuk dengan jari telunjukku dengan kurang ajar sambil menunjai2 kepada mereka..Tengok! kita rakyat malaysia yang berbudi pekerti ni dengan setia membayar apa2 yang kerajaan suruh ONTIME. Tapi sistem diorang sendiri yang buat hal..kang jangan lak nak saman2 kalau orang lambat renew...memang nak kena lempang 80x la namanya.

Huhhhh penat...penat pegi macam2 tempat dan penat nuleh dah..adios..

Live To Discover..

Monday, January 12, 2009

Jalan-Jalan dengan family

Salam semua,

Last Weekend aku n family (me, hubby, adik n mak) gi jalan2. Kebetulan mak ada kat rumah aku, sian dia boring dok rumah je. Tapi mak tak larat nak bejalan, so kitorang bawak mak kat taman..tengok2 permandangan je.

Mula2 kami pergi kedai jual manik kat Bangi..hihi..aku je yang over excited..cadang nak survey je..tapi akhirnya TERbeli gak..hehek.

Lepas tu kami bawak mak gi Taman Rekriasi Air kat Wetland Putrajaya...cantik taman tu..ade tempat orang nak mancing lagi...pondok2 berehat tu standardla. Aku sempatla tangkap gambo sikit dengan mak n hubby..dengan adik takde la plak..lupa..



Me n Mom [uiks!! ade lak kepala tambahan kat belakang tu.. :) ]



Me n Hubby

Sekian melaporkan...

Live To Discover..

Tuesday, January 6, 2009

Dah Lama Tak Buat Tender

Salam semua,

Akhirnya....last week aku dan Kakwa dapat assignment buat tender JAS. Setelah sekian lama...hampir sebulan lebih takde tender kuar..so kami orang2 teknikal takde kejela..ngulat dan buat blog jela...

Oleh kerana dah lama tak buat tender, maka terkial-kialla aku menengok balik contoh tender2 lama..nama supplier pun ingat2 lupa..otak dah krem. Nasib baik buat secara duet..kalau sengsorang mesti kalut gile.

Inilah kehidupan orang buat tender..kalau time banyak tu nak makan pun tak sempat..(tapi aku makan gak, kalau perut kosong masuk angin..hihi..alasan kuat makan..mana tak tembunnn). Dan kalau macam hujung2 tahun, time goverment tutup semua akaun dan takde bukak tender, terus takde keje. Sampai aku sempat menjahit manik kat ofis..shhhh jangan bagitau orang..hihi..anyway time keje, aku keje leklok..time takde keje lepakle habis2an betul tak? takkan gedik nak tunjuk rajin lak..menaip laju2 depan bos..haha..sooo not me..

Okla, nak pegi lunch dengan supplier ni..hope kena belanja best2 punye..

Live To Discover..

Tuesday, December 30, 2008

Sakit Tekak Time Cuti

Huuuuu nangis dulu...

Cuti krismes + awal muharam lepas balik kampung kat ayer tawar..adik i bertunang. Sume persiapan no hal, everything ok..aku je yang tak ok..

Aku n adikku balik kampung krismes pagi 25hb tu...actually hari selasa dah pegi klinik sebab sakit tekak, tapi tak ok2 smpai 25hb tu..pegi amik ubat skali lagi...smpai kampung jenuh minum air banyak2..

26hb - hari kedua kat kampung tekak ni makin teruk..last skali takde suara..cakap macam berbisik je..huuu...husband dahla tak boleh balik kampung, nak call lak tade sora...dugaan betul...

27hb - Hari ketiga...hari kenduri...sora kuar sikit2 je..susahla nak berkomunikasi...time kenduri dahla kena cakap kuat2...semput dada dibuatnya...tapi dengan sora ciput2 ni la aku jadi penyambut tetamu...segannya bercakap dengan pihak lelaki..tapi hantam je la..terpaksa..dah kenduri adik sendiri, takkan nak harap orang jek..itu je yang aku boleh sumbangkan..tenaga yang tak seberapa..

28hb - sari lepas kenduri sora makin ok..tapi kasar macam jantan. Kenduri ni susah nak jaga makan, sume makanan berminyak..blasah je la...

29hb - sora ok 90%..tinggal batuk2 and serak sikit je..time to go home to Putrajaya dengan mak and adik.

Ni la 1st time aku mengalami kejadian takde sora. Slalu tu sakit tekak je. Tapi yang paling tak best...kenapa aku sakit time cuti???kenapa tak sakit time hari keje??boleh MC...hihihi...rugi..rugi..

Live To Discover..

Friday, December 19, 2008

Kat Mana Nak Join Kelas Menjahit??

Salam semua,

Dah dekat 2 bulan aku mencari2 kat mana ada kelas menjahit. Biasa la sure nak survey yang murah dan kalau boleh yang ade sijil skali. Barulah nampak meyakinkan.

Dalam internet ni banyak gak. Tapi boleh tahan gak mahalnyer. Aku skang ni aim nak blaja jahit baju kurung je dulu. Lepas tu barula blaja jahit lain sikit2. Mana ada modal weh nak blaja sume skaligus.

Actually aku excited nak masuk kelas menjahit kat FTIMDC Sunway, pengasasnya Pn Rozita Jaafar (idola dunia manikku). Cadang nak blaja part time, tapi takde sijil lak. Terus rasa down. Lepas ni kena teruskan operasi surveyla nampaknya. Chaiyok ruby..

Live To Discover..

p/s: mesin jahit yang diorder dah nak sampai, tapi menjahit tak reti lagi..huuuuuuu

Tuesday, December 9, 2008

Raya macam tak raya

Salam semua,

Eh baru aku prasan blog aku ni lambat sehari dari tarikh sebenar.

The truth, today is 9th Dec, Raya Haji kedua, dan aku berada di ofis..kerja maaa..

Raya Haji kali ni aku dan suami tak balik mana2. Dok Putrajaya je. Mulanya suami nak join Qurban kat Kedah sebab tahun ni giliran balik kampung dia..hihi..tapi tak dapat cari tompok pulak (bahagian qurban laa). So terus ambil keputusan tak balik mana2. Kira korban tak balik kampung la..korban gak kan? okla tu..

So untuk memeriahkan raya kami semalam, aku masakla sikit2..rendang, nasi impit dan pulut. Kitorang je yang belasah..takde orang datang pon..mana ade orang..berapa kerat je orang kat apartment tu...Solat Sunat Aidiladha pun suami cakap beberapa 'Soff' je.

Tengahari tu bosan, kitorang pegila ke rumah kakak iparku di Kajang. Itu je la raya kitorang...last2 pukul 2 lebih kitorang pegi KL, Jalan Bukit Bintang, jalan2 kat Low Yat...sedap sikit cuci mata tengok barang2 kat sana..

Inilah gamba kami di hari raya haji ini..






Itulah raya kami yang tak seberapa...

Live To Discover..

Thursday, December 4, 2008

Tengok Madagascar



Semalam (rabu..murah beb) aku pegi tengok wayang dengan husband. Walaupun dah lama di panggung, tapi baru ni berkesempatan nak tengok Madagascar..memang dah aim nak tengok masa preview dulu..sebab Madagascar 1st dulu memang klaka giler..pastinya yang 2nd ni tak kurang hebatnya..





Seperti yang diteka, memang best giler, klaka bangat..husband gelak sampai kuar air mata tengok gelagat King Julien (tak sure spesis ape binatang tu)...aku lak admire kat penguin2 tu..kesimpulannya..memang tak rugi kuar duit tengok cite ni..berbaloi...dan kalau 5 star...aku bagi..4 star kot..ok la tu..





Aku malas nk komen citer ni sebab aku sure sume dah tengok. Aku yang ketinggalan..huuu..



Babai..


Live To Discover..