Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label kurung. Show all posts
Showing posts with label kurung. Show all posts

Saturday, February 7, 2009

First Sewing Class (session 1/4)

Salam semua,

Hari ni betul2 rasa macam baru masuk skolah darjah satu. Pegi skolah orang anta, balik ambik..hihi.

Aku blaja kat umah sifoo menjahit kat Presint 8, eh 8 ke 9 ek? ntahla confuse...tapi kat flat2 pink tu la (nama glemer flat tu kat Putrajaya). Yurannye RM120 utk blajo baju kurung sahaja. Mahal x? Sifoo I ni adalah wife kepada member husband aku masa dia kat SPA dulu...namanya Kak Niza. Akak ni memang tailor bertauliahla of course..

Target adalah blajo jahit baju kurung dan objektif aku menjahit ni sebab nak jahit baju sendirila, dan ambil upah dari yang sudi..huk huk. Maklumlah, kompeni nak bangkrup, potong gaji daaa..bukan aku sorang, semua staff..so kenala cari pendapatan sampingan. Manik jalan gak..hihi..

Ist class ni blajo melukis, takde mewarna tau, lukis pola baju je. Lagi...blajo ambil ukuran badan (untuk baju kurung). Dan yang paling 'best', ade matematik. Fuhhh korang jangan ingat menjahit ni senang. Susah beb nak kira formula nak bagi ukuran baju tu ngam dengan si pemakai. Sebab manusia ni ada macam2 bentuk badan. Atas besar bawah kecikla, atas kecik bawah besarla...flat atas sampai bwh la...macam2 lagila..so walaupun dah ambil ukuran, kena masukkan dalam formula gak untuk confirmkan sesuai tak dengan bentuk badan. Perghh...nampak sangat otak aku dah kematu tua2 ni...tambah tolak pun lembap..malu kat cikgu..hihi

Kesimpulannya, kelas menjahit ni memang mencabar, tu sebab minat mesti ada. Kalau tak memang tak kuasa nak layan. Ni belum pegang kain lagi. Dapat nanti kain licin dan lembut bangat, mau give up dibuatnye. Harap aku dapat bersabar dan dapat menerima ilmu ni dengan mudah dan ingat sampai bila2. Dan semoga harapanku untuk menambah pendapatan keluarga tercapai. Aminnn...

Live To Discover..

Friday, December 19, 2008

Kat Mana Nak Join Kelas Menjahit??

Salam semua,

Dah dekat 2 bulan aku mencari2 kat mana ada kelas menjahit. Biasa la sure nak survey yang murah dan kalau boleh yang ade sijil skali. Barulah nampak meyakinkan.

Dalam internet ni banyak gak. Tapi boleh tahan gak mahalnyer. Aku skang ni aim nak blaja jahit baju kurung je dulu. Lepas tu barula blaja jahit lain sikit2. Mana ada modal weh nak blaja sume skaligus.

Actually aku excited nak masuk kelas menjahit kat FTIMDC Sunway, pengasasnya Pn Rozita Jaafar (idola dunia manikku). Cadang nak blaja part time, tapi takde sijil lak. Terus rasa down. Lepas ni kena teruskan operasi surveyla nampaknya. Chaiyok ruby..

Live To Discover..

p/s: mesin jahit yang diorder dah nak sampai, tapi menjahit tak reti lagi..huuuuuuu