Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label jahit. Show all posts
Showing posts with label jahit. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Baju hasil jahit sendiri....

Salam semua,

Siannya blog aku ni..macam takde tuan je. Actually banyak yang berlaku dan banyak jugak gamba yang dah ditangkap. Tapi camera lak masuk workshop, yang baru beli tu. Dan skang ni baru beli card reader untuk baca SD card aku ni. So hari ni banyakla yang akan ku upload.

Kisah pertama..hihi..pasal penyudah kelas menjahit baju kurung aku tu..kira dah tamatla lesson jahit sepasang baju kurung sampai siap. Itupun asyik bertangguh je.

Jadi aku pun nakla menunjuk2 baju yang aku jahit tu...cikgu kata OK. Taktaula ikhlas ke tak..hihi. tapi aku puas hati gakla. Akan ku practicekan banyak2 kali sampai master.

Ni dia bajunye...aku saja beli kain kosong supaya ada can nak dimanikkan grand skit. Tapi tak grand pon..haha..



Atas: Ni kain, cikgu aku ajar buat kain dulu, style dia la kot. Pada aku tang pinggang paling mencabar. Jenuh tarik getah tu. Abaikan background ye..


Atas: Ni baju, nampak sangat aku jahit tak kemas kan? susah beb jahit baju kurung.

Atas: Ni pulak baju yang aku potong kainnya pada post yang lepas2. Baju untuk kenduri kawin adik nanti. Lepas habis kelas jahit, terus aku praktis jahit baju ni. Bagi cepat pandai dan ingat...amacam? ok tak aku jahit?

Live To Discover..

Saturday, February 7, 2009

First Sewing Class (session 1/4)

Salam semua,

Hari ni betul2 rasa macam baru masuk skolah darjah satu. Pegi skolah orang anta, balik ambik..hihi.

Aku blaja kat umah sifoo menjahit kat Presint 8, eh 8 ke 9 ek? ntahla confuse...tapi kat flat2 pink tu la (nama glemer flat tu kat Putrajaya). Yurannye RM120 utk blajo baju kurung sahaja. Mahal x? Sifoo I ni adalah wife kepada member husband aku masa dia kat SPA dulu...namanya Kak Niza. Akak ni memang tailor bertauliahla of course..

Target adalah blajo jahit baju kurung dan objektif aku menjahit ni sebab nak jahit baju sendirila, dan ambil upah dari yang sudi..huk huk. Maklumlah, kompeni nak bangkrup, potong gaji daaa..bukan aku sorang, semua staff..so kenala cari pendapatan sampingan. Manik jalan gak..hihi..

Ist class ni blajo melukis, takde mewarna tau, lukis pola baju je. Lagi...blajo ambil ukuran badan (untuk baju kurung). Dan yang paling 'best', ade matematik. Fuhhh korang jangan ingat menjahit ni senang. Susah beb nak kira formula nak bagi ukuran baju tu ngam dengan si pemakai. Sebab manusia ni ada macam2 bentuk badan. Atas besar bawah kecikla, atas kecik bawah besarla...flat atas sampai bwh la...macam2 lagila..so walaupun dah ambil ukuran, kena masukkan dalam formula gak untuk confirmkan sesuai tak dengan bentuk badan. Perghh...nampak sangat otak aku dah kematu tua2 ni...tambah tolak pun lembap..malu kat cikgu..hihi

Kesimpulannya, kelas menjahit ni memang mencabar, tu sebab minat mesti ada. Kalau tak memang tak kuasa nak layan. Ni belum pegang kain lagi. Dapat nanti kain licin dan lembut bangat, mau give up dibuatnye. Harap aku dapat bersabar dan dapat menerima ilmu ni dengan mudah dan ingat sampai bila2. Dan semoga harapanku untuk menambah pendapatan keluarga tercapai. Aminnn...

Live To Discover..

Friday, December 19, 2008

Kat Mana Nak Join Kelas Menjahit??

Salam semua,

Dah dekat 2 bulan aku mencari2 kat mana ada kelas menjahit. Biasa la sure nak survey yang murah dan kalau boleh yang ade sijil skali. Barulah nampak meyakinkan.

Dalam internet ni banyak gak. Tapi boleh tahan gak mahalnyer. Aku skang ni aim nak blaja jahit baju kurung je dulu. Lepas tu barula blaja jahit lain sikit2. Mana ada modal weh nak blaja sume skaligus.

Actually aku excited nak masuk kelas menjahit kat FTIMDC Sunway, pengasasnya Pn Rozita Jaafar (idola dunia manikku). Cadang nak blaja part time, tapi takde sijil lak. Terus rasa down. Lepas ni kena teruskan operasi surveyla nampaknya. Chaiyok ruby..

Live To Discover..

p/s: mesin jahit yang diorder dah nak sampai, tapi menjahit tak reti lagi..huuuuuuu