Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, April 7, 2009

Ronda2 di Putrajaya

Salam semua,

Ni pulak aktiviti ke 3....jalan2 bagi makanan turun..kalau balik sure tido terus..

Sebelum2 ni aku dan hubby akan jalan2 kat Putrajaya ni bawak sedara-mara yang datang. Rasa macam tak kuasa je nak jalan2 kat Putrajaya yang bosan giler bila malam. Memangla bangunan2nya dipenuhi neon nan indah, tapi setakat neon jela...orang tarak..seram pun ada..Tapi sekarang oleh kerana taktau nak jalan dan nak abiskan masa...terpaksala jugak datang sini..hihi..layannn....




Gedik tak kami?...hihi..set kamera guna timer. Tu yang senget tu. Husband pun tak sempat merelakskan diri. Blur je gambo dia, aku je maintain..haha..

Yang bawah tu Perbadanan Putrajaya. Gah giler. Tapi siang2 nampak bosan je sebab takde lampu2 tu.

Oklah sekian cerita aku yang 3 serangkai ni...bosan lak tengok aku pakai baju tu je...

Live To Discover..

Thursday, February 19, 2009

Bola Tampar - Presint 14 vs Bomba Putrajaya (Pt. 2)

Salam semua,

Ni entry kedua pasal bola tampar Presint 14. Game kali ini pun di antara Presint 14 dan Bomba, malam semalam. Diadakan atas request pasukan Bomba yang gian tak puas main hari tu, dengan alasan nak main siang lak. Tah hape2, dah menang pun nak lawan lagi..hihi

So pukul 6 lebih game start. Sekali lagi my hubby jadi wakil. Dan sekali lagi juga aku turun memberikan sokongan. Actually hubby suruh tangkap gambo dia tengah main. Nasibla...suruh orang tangan cikai ni yang tangkap gamba...ala kadar je la hasilnya...tapi nasib baik siang...kualiti better dari game lepas.

Game ni Bomba menang lagi. Tapi pada pemerhatian aku, pasukan Presint 14 telah meng'improve' skill mereka. Ade gakla aksi spike2, blocking2 dan melayang2..hihi..especially my hubby..Abang, I'm so proud of u!

Jom layan gambo...







Live To Discover..
Posted by Picasa

Bola Tampar - Presint 14 vs Bomba Putrajaya (Pt. 1)

Hi dan salam semua,

Minggu lepas (tak ingat hari apa), satu pertandingan bola tampar di antara pemain Presint 14 dan Bomba Putrajaya telah diadakan. Dan yang nak kecoh sikit, my hubby (jersi 11 - merah) telah terpilih untuk menjadi salah seorang pemain Presint 14..chaiyok bang!..hihi..

Game ni diadakan pada sebelah malam. Maklumla...semua orang keje di siang hari. Lebih2 lagi pasukan Bomba ni, bukan senang nak cari masa. Game start kol 9 mlm (biasela...ade lebih2 sikit)

Rupa2nya pasukan Bomba ni adalah pasukan yang paling tere dalam Putrajaya ni (according to my hubby). Dan pasukan Presint 14 lak pasukan baru yang tidak sengaja dikumpulkan daripada geng2 yang bermain di court kat bawah apartment nun tiap2 malam..hihi. Tapi jangan main2, ada coach beb. So oleh kerana si tere bertemu 'budak2 baru belajar', tau2 je la resultnya. Yang membanggakan, result takla jauh gap sangat.. Official result, tak tau..haha..

Actually game ni diadakan bertujuan mencari pengalaman menghadapi Terbuka Putrajaya nanti...tak sure lak tarikhnya. Jadi, bagi pasukan baru macam Presint 14 ni, pengalaman amat diperlukan. Semoga pasukan Presint 14 ni berjaya di mana2 game kelak.

Oklah, layanla gamba2 bawah ni. Sorila, xpandai amik gambo. Lagipun khusyuk tengok diorang main sampai terlepas nak snap aksi2 yang hebat.








Live To Discover..
Posted by Picasa

Monday, January 12, 2009

Jalan-Jalan dengan family

Salam semua,

Last Weekend aku n family (me, hubby, adik n mak) gi jalan2. Kebetulan mak ada kat rumah aku, sian dia boring dok rumah je. Tapi mak tak larat nak bejalan, so kitorang bawak mak kat taman..tengok2 permandangan je.

Mula2 kami pergi kedai jual manik kat Bangi..hihi..aku je yang over excited..cadang nak survey je..tapi akhirnya TERbeli gak..hehek.

Lepas tu kami bawak mak gi Taman Rekriasi Air kat Wetland Putrajaya...cantik taman tu..ade tempat orang nak mancing lagi...pondok2 berehat tu standardla. Aku sempatla tangkap gambo sikit dengan mak n hubby..dengan adik takde la plak..lupa..



Me n Mom [uiks!! ade lak kepala tambahan kat belakang tu.. :) ]



Me n Hubby

Sekian melaporkan...

Live To Discover..