Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Wednesday, March 11, 2009

Happy Bday to me...Happy Anniversary my Love

Salam semua,

Hari ni 11 Mac...hari ni beday aku...hukhuk dah tua diri ini..dan hari ini jugak merupakan 2nd anniversary for my marriage.

Emmm dah 28 tahun aku hidup. Setakat ni kejayaan yang paling besar dalam hidup aku ni adalah menerima degree..tu pun tahun 2003. Dan kenangan paling manis adalah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohammad Shahir b Ghazali pada tanggal 11 Mac 2007. Baik sungguh hati suamiku yang ingin melafazkan akad perkahwinan kami pada hari jadiku. Sejak tarikh tu, beday aku jadi lebih bermakna dan pastinya akan ingat sampai bila2...amin.

Sehubungan dengan itu..cheewah..adakah aku layak untuk menerima 2 hadiah sekaligus ataupun dijadikan 2 in 1..huuuuu...hikhik demand lak... Aku ni bukanla jenis yang eager dengan hadiah..lebih2 lagi dah tua ni. Cukupla sekadar ada yang ingat, terutamanya insan tersayang dan family. Kepada rakan2 yang masih ingat dan telah wish, terima kasih aku ucapkan.

Beday kali ini, kakak aku kat Ipoh nun telah menjadi juara kerana telah menjadi orang 1st yang wish hepi bday n anniversary pada aku, awal dia wish, malam sebelum pukul 12 tgh malam. Nak tido awal la tu kot. Aku ingatkan Hubby tercinta yang akan 1st wish..rupanya kakak lak..apa2pun thanks sis..miss u and ur kids a lot..

Kalau nak dilistkan wish aku tahun ni (bday wish la kunun), banyak sangat..list ikut priority:-

* Nak pregnant dengan selamat dan nak anak secepat mungkin
* Semoga rezeki aku murah dan terbuka peluang nak setup satu bisnes (maybe bidang jahitan) dengan jayanya
* Dalam masa yang sama, aku harap kompeni aku keje skang ni tak bangkrup dan takkan buang orang. Juga takkan potong gaji lagi...enuffff!!!
* Semoga semua yang berada di sekeliling aku akan sihat sejahtera esp. hubby dan family
* Dan lain2 lagi.....

Alhamdulillah....bersyukur kepada Ilahi kerana Kau masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini.

Wassalam.

p/s: bawah ni hadiah harijadi dr adik...sesak2 habis kacang boleh guna..hihi



Live To Discover..

3 comments:

lieza said...

happy besday and happy anniversary kali ke 2..Semoga berjaya dalam bidang bisnes..

whx3691 said...

Selamat Memyambut Aniversari/Hari Lahir yang kedua daripada KZ & Family. Doa bebanyak insyallah dapat zuriat tahun nie jugak. Allah tak akan menganiaya makhluk nyer.

Member satu opis.

Ruby said...

Thanks KZ, doakan aku dan suami dapat baby cpat2 ye?