Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

I Love Stimbot

As-salam,

Dulu dok Putrajaya kalau tingin stimbot ke Johnny's la jawabnyer. Kat Kedah ni setau aku macam xde je pakcik Johnny's tu. So selepas mencuba di beberapa tempat, akhirnya jumpa gak satu tempat yang OK stimbotnyer. Kedai ni kat medan selera berhadapan Giant al bukhory alor setar.

Time ni kami pergi sempena anniversary n beday aku tengah bulan yang lepas. Dah lama kawan ofis suggest tempat ni tapi tak berkesempatan nak pegi. So time beday tu aku nekadla nak pegi gak. Alhamdulillah akhirnya sampai gak kami. Dan ternyata sangat OK tempat tu. Cuma tang kuah tu takde pilihan kuah tomyam. Ada satu jenis kuah je iaitu sup. Tapi nasib baik sup tu ok sangat2. Sedap....

Ni sos2 yang sampai dulu. Jenuh tengok sos ni sementara tunggu main dish nya smpai..hihi..sos dia sangat ok walaupun tak sehebat sos kat Johnny's...slurp2....sungguh mengidam kat sos Johnny's tu...hari tu pegi Ipoh cadang nak makan Johnny's. Tapi FULL HOUSE wa cakap lu. Nak tunggu memang tak dapek sebab makan stimbot bukan macam makan nasi goreng...lama tu....

Aktiviti snap2 sementara tunggu makanan...tapi hubby i ni sabar je.....hihi...

Aku memang tak boleh nak cover dah kalau tengah bengang...terpancar di mukaku..hihi

Nasib baik stimbot tu sedap dan ok sangat...berbaloi2 penantian kami. Kami ambik set kecil...rm20. Puas makan. Bahan2 pun ok. Segar je. Nanti nak pegi lagi.....

Live To Discover..

Wednesday, March 11, 2009

Happy Bday to me...Happy Anniversary my Love

Salam semua,

Hari ni 11 Mac...hari ni beday aku...hukhuk dah tua diri ini..dan hari ini jugak merupakan 2nd anniversary for my marriage.

Emmm dah 28 tahun aku hidup. Setakat ni kejayaan yang paling besar dalam hidup aku ni adalah menerima degree..tu pun tahun 2003. Dan kenangan paling manis adalah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohammad Shahir b Ghazali pada tanggal 11 Mac 2007. Baik sungguh hati suamiku yang ingin melafazkan akad perkahwinan kami pada hari jadiku. Sejak tarikh tu, beday aku jadi lebih bermakna dan pastinya akan ingat sampai bila2...amin.

Sehubungan dengan itu..cheewah..adakah aku layak untuk menerima 2 hadiah sekaligus ataupun dijadikan 2 in 1..huuuuu...hikhik demand lak... Aku ni bukanla jenis yang eager dengan hadiah..lebih2 lagi dah tua ni. Cukupla sekadar ada yang ingat, terutamanya insan tersayang dan family. Kepada rakan2 yang masih ingat dan telah wish, terima kasih aku ucapkan.

Beday kali ini, kakak aku kat Ipoh nun telah menjadi juara kerana telah menjadi orang 1st yang wish hepi bday n anniversary pada aku, awal dia wish, malam sebelum pukul 12 tgh malam. Nak tido awal la tu kot. Aku ingatkan Hubby tercinta yang akan 1st wish..rupanya kakak lak..apa2pun thanks sis..miss u and ur kids a lot..

Kalau nak dilistkan wish aku tahun ni (bday wish la kunun), banyak sangat..list ikut priority:-

* Nak pregnant dengan selamat dan nak anak secepat mungkin
* Semoga rezeki aku murah dan terbuka peluang nak setup satu bisnes (maybe bidang jahitan) dengan jayanya
* Dalam masa yang sama, aku harap kompeni aku keje skang ni tak bangkrup dan takkan buang orang. Juga takkan potong gaji lagi...enuffff!!!
* Semoga semua yang berada di sekeliling aku akan sihat sejahtera esp. hubby dan family
* Dan lain2 lagi.....

Alhamdulillah....bersyukur kepada Ilahi kerana Kau masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini.

Wassalam.

p/s: bawah ni hadiah harijadi dr adik...sesak2 habis kacang boleh guna..hihi



Live To Discover..