Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, December 14, 2010

Suspected???!

Baru lepas balik check up dengan pakar. Berat naik 1 kg. Bp ok. Baby pun membesar dengan baik. Cuma satu je yang tak best. Result minum glukos bulan lepas...tinggi sikit kandungan gulanya. Doc kata, max sepatutnya 7.8...tapi result aku 8.2. Aisehh....adakah aku menghidap diabetes??

Dan yang paling membencikan...lepas ni aku kena buat test gula lagi. Kali ni 4 kali minum sehari plak. What???!!! Minum sekali pun dah pening lalat. Rasa nak muntah. Ni nak minum 4 kali. Mampusla aku kalau macam ni.

Aku taula test tu utk challenge badan, tapi nape tak bagi ubat je. Nape nk bagi gula gak????confirmla tinggi gula aku. Macam tak logik je penyelesaian diorang ni. Serba salah aku. Rasa tak mau pegi test, boleh tak? Tapi kalau jadi apa2 nanti menyesal tak sudah pulak.

Setiap kali doa lepas solat, aku doa sangat2 supaya kali ni takde sebarang komplikasi. Tapi nampaknya ada jugak...kena doa lebih lagi ni. Aku dah cuba meng'cool'kan diri. Tapi result2 macam ni buat aku susah nak cool dah. Surela risau. Harap2 baby ok sampaila bersalin nanti.

Anak ummi dah 15++ weeks ye. Tapi macam lambat beno rasanya nak tunggu 36 weeks. Aku insyaallah kena bersalin pada 36 weeks sebab aku penah Caesar sebelum ni. Hope kali ni dapat bersalin normal dan selamat.

Emm kat mana nak dapatkan 2nd opinion pasal minum gula ni ek?

Live To Discover..

Monday, December 13, 2010

Aku Dah Kembali Normal

Minggu ni baru masuk 2nd trimester. So mengikut artikel2 yang aku baca, preggy women akan kembali normal spt sediakala sblm mengandung.

Pada aku memang tepatla. Keletihan yang melampau dah kurang, kalau sblm ni lepas maghrib sure penat tahap lari pecut and then trus tertido...selera dah ok sikit...emmm itu jelah kot yang obvious...tapi rasa loya still datang kadang2...cuma boleh tahanla...

Sekarang ni aku ternanti2 baby's kick...rasa macam ada sikit2...tapi x sure angin atau memang dia..sbb lembut sangat kicknya...bilala baby ummi ni nak kick2 ye...mesti comel...bulan lepas masa scan bukan makin akrobatik dia...ummi n ayah happy sangat tengok. Tak saba for the next scan...

Esok ada appointment dengan doktor pakar. Hope diorang scan lagi kan baby? Sebab kalau kat KK kedekut sangat nak scan. Macamla mesin tu diorang punyer.

Apa2pun, aku berdoa sangat2 supaya baby sihat sampai cukup bulan untuk bersalin nanti. No more complication. Aku tau aku ni seorang yang cepat nak tension n marah2. Tapi aku akan cuba kawal diri aku sebaiknya. Cuma harap dapat sokongan dari orang2 lain supaya tak menaikkan kemarahan aku..hihi..teruk sungguh aku ni kan?

Live To Discover..

Sunday, December 5, 2010

Weekend yang memenatkan...

Weekend lepas aku dan family husband ke KL untuk kenduri kawin spupu kami...Jaja...anak Paknjang...

Lewat kamis petang baru bertolak...sampai ke rumah bertanggak (umah kakak ipar) pukul 2 pagi kot. Jumaat pagi sempat ke MAHA di Serdang. Huh sungguh memenatkan dan panas betul cuaca. Tapi nasib baik kami pegi time orang kerja, so tak pack sangat. Antara yang menarik perhatian adalah pameran ternakan. Husband aku suka sangat tengok lembu Brahman. Beso gile. Tak penah tengok lembu beso tu...tah brapa tan sekor aku tak taula...

Petang jumaat husband tak sedap badan sebab dah drive semalaman. So kami dok rumah je berehat. Yang lain2 pegi Genting. Takla terkilan sebab tak pegi Genting sebab aku tau aku bukan boleh main apa2 pun. Setakat tengok je baik tak payah. Nanti tunggu baby kuar jalan2 dengan baby lagi best kan? Tak sabarnya...

Kenduri hari Sabtu...tengahari kami berkonvoi 2 kete ke Jalan Klang Lama. Jam le pulak kat highway...aku amat2 sian kat husband yang asyik dipaksa jadi driver...tapi nak buat macam mana..aku tak layak bersuara..akhirnya sampai kat kenduri pukul 2...time tu pengantin baru sampai...so layanla acara bersanding dan renjis2 jap.

Petang pukul 5.30 bertolak balik. Kami berdua je...yang lain2 balik ahad...singgah Jusco dulu sebelum bertolak untuk beli hadiah adik aku yang baru bersalin baby boy. Pukul 7 terus gerak ke Ipoh...pukul 9 lebih sampai. Sempatla usik2 anak sedara kejap. Mandi dan solat jamak. Pukul 11 bertolak ke Kedah.

Actually memang dah rasa penat sangat. Tapi memikirkan kena kerja dan cuti tak diambil siap2, maka gigih jugak kami balik. Aku memang dah ngantuk gile. Tapi husband macam bersemangat lagi, so aku ok jela. Ondaway dia macam dh exhaust tahap gaban. Aku lak asyik terlentok tak temankan driver langsung. Kesian sangat kat dia tapi aku pun pening lalat walaupun duduk je. Lastly kami benti kat Bukit Gantang beli buah nak segarkan mata. Dan sempat lelap jugak dalam setengah jam.

Pastu bertolak balik..husband memang dh lembik. Tapi dia kesian nak suruh aku drive. Aku tau. Tapi bila dah sampai Pendang, dia dh ngantuk tahap tepu dan akhirnya dia suruh gak aku drive. Aku memangla nampak layu. Tapi lepas dapat stereng trus cerah mata. Jalan lak clear so pecut je la dengan hati2. Akhirnya sampai rumah pukul 2 lebih...sampai je trus terkam katil...dan lena dalam sekelip mata...

Pagi ni bangun fenin2 lalat..tapi gagahkan jugak diri ni pagi keje. Jalan pulak lengang je. Jeles aku orang lain tak keje ke?ishk3...dan akhirnya aku sampai ke ofis dan terus menulis entry ini..hihi..

Itulah cerita weekend aku yang begitu memenatkan. Aku telah memendekkan cerita suka dukanya, kalo tak..boleh jadi artikel lak entry ni nanti..

Kesimpulannya walaupun dah lama tak pegi KL, aku memang tak rindu pun dengan KL. Lagi semak kepala adalaa...

Tapi mungkin keseronokan sesuatu trip itu bergantung pada ahli rombongannya...

Live To Discover..

Wednesday, December 1, 2010

Cerewetnyer Tekakku

Selama ni aku bukanla seorang yang choosy bab makan ni...semua bedal..tapi time pregnant memang lain kan?

Masa last pregnant pun cerewetla jugak, tapi tak seteruk kali ni. Dulu cuma tak lalu makan makanan luar..nak masak sendiri..nasib baik larat masak...lain dengan pregnant kali ni memang jarang dok dapo. Pegi dapo utk buat air je rasanya...boleh bilangla brapa kali masak...bukan sebab aku tak tahan dengan apa2 bau...cuma malas yang melampau..

Ada teori mengatakan kalau mengandungkan baby boy..badan kita akan beralkali...so energetik la jugak..emm..kalau ikut pengalaman lepas memang betulla..sbb aku mengandungkan baby boy..takdela rasa penat sangat or malas2. Macam biase je..

Dan kalau mengandungkan baby girl, badan kita akan berasid. Kita akan lemau, malas dan cepat penat..bp pun akan rendah je....

So adakah aku mengandungkan baby girl kali ni? macam ada ciri2 gak dengan kelemauan aku ni..waktu maghrib sure lembik n penat macam lepas bersukan..heran pun ade..

Aku nak bby ape? emmmm ntahla...aku ni jenis tak kisah sgt bab gender..asalkan dapat baby yang sihat...

Oklah dah melalut dari bab tekak ke bab lain plak..hope selera aku makin pulih supaya aku dapat makan dengan lebih pilihan...takdela yang sama je..boringla..dahla 2nd checkup berat aku turun 0.1 kg dr yg 1st..hihi..mcm tak caya berat turun..dulu time tak pregnant bukan main payah nak turun berat badan...

sekian..haha..tetiba je abis idea..

Live To Discover..

Sunday, November 28, 2010

Aku tengok je kalah, kalah je aku tengok

Salam,

Tahniah kepada atlet2 negara dalam Sukan Asia. Raya haji tahun ni kureng aktiviti makan sebab banyak sangat makanan yang aku tak boleh makan. So layan tv jela..

Tup2 terlayan lak channel Arena kat umah mertua...Asian Games...of kosla tengok game yang Malaysia main..negara lain watpe..fuhh penuh semangat kesukanan gak aku ni..macam2 game la aku tengok...

Takraw - perghh memang terrela pemain kita..dok melayang2 dan berlipat2...sampai masuk final..tp masa bertemu Thailand, kecundang jua akhirnya...

Taekwondo (betul ke eja ni?) - aku tengok yang budak pempuan tu..tak ingat nama dia..oleh kerana aku tak paham sangat pemarkahan dia so kurang feel..tapi yang pasti kalah..

Badminton (of kos!) - aku tengok Dato' Lee je la...aku tengok gak beberapa game yang dia menang dan melayakkan diri ke final dan akhirnya jatuh di tangan Lin Dan...emm Lin Dan tu mmg macam kebal bangat...ligat lak tu..macam dapat baca je pergerakan Dato' Lee..walaupun Dato' Lee berjaya heret ke game ke3..tapi Lin Dan macam memang dah plan nk slow kat game ke2 dan kumpul tenaga untuk game ke3 tu...menang bergayala orang kata..

Bola sepak - aku tengok masa Malaysia lawan China@Jepun...lupo lak..hihi..tapi bak kata komentetar RTM..memang menyampahla referee Australia tu..macam dah kena baya jek..sikit2 kad merah..geram sungguh..tapi aku salute pemain Malaysia yang teruskan jugak game dengan bersemangat sampai habis...

Hoki (final) - aku ni tengok final je..hihi..Malaysia lawan Pakistan...juara dunia la konon...game ni aku frust sket sbb pemain negara asyik terlepas beberapa peluang...especially penalty...tangkap bola pun tak kemas..tang tu aku malu sket...tapi maybe pemain kita gabra berdepan dengan juara dunia tu...so semua macam tak menjadi..

Tu je la yang aku layan sepanjang Sukan Asia ni...ada yang tak sempat tengok sebab keje..tup2 dapat emas...so kesimpulannya aku tengok game yang kalah je..hihi..tapi puas hati sebab dapat tengok full game..

Live To Discover..

Wednesday, November 24, 2010

Seekers

Salam,

Hujung tahun ni tempoh perkhidmatanku tamat..huuu..kenala tanam anggur lagi. Kalau anggur real takpe gak. Boleh jual. mahal tu... Sapala yang sudi amik aku ni ek?pengalaman pun gitu2 je..

Sejak berbadan dua ni aku asyik lemau je..kalau pikir positif syok gak dok rumah time pregnant..cuma bila pikir ongkosla pening sket. Orang kata bawak perut ni takleh pikir negatif, tak elok untuk baby. So aku ada idea untuk menjadi seorang yang positif dan untuk menyedapkan hati..huuu..

1) Kalau tak keje, bolehla aku fully breastfeed baby, so duit susu takyah pikir dah.
2) Sekaligus takyah anta nursery.
3) Dan kalau aku cemerlang, lampin bolehla pakai jenis yang kena basuh. Bukan pakai buang. Save lagi...
4) Plg best..dpt mengasuh sendiri anakku..uuuu bestnyer..br bayangkan je..belom jd betul lagi..

Cheewah berangan je aku ni..tapi ini je la penyelesaian terbaik yang boleh aku pikirkan kalau aku terpaksa jadi full-time housewife nanti..

Good luck to me..

Live To Discover..

Sunday, November 14, 2010

Favourite Tutorial

Salam,

Sejak kebelakangan ni suka lak tengok2 tutorial kat internet ni..macam2 ada..macam teringin je try buat...emmm...wajib buat...tp later...masa dan mood membataskan...

http://www.dana-made-it.com/2008/07/tutorial-shirt-dress.html

http://darnkat.wordpress.com/quilted-fabric-wallet-tutorial/

http://littlegirlpearl.blogspot.com/2009/12/little-girl-pearl-purse-tutorial.html

http://u-handbag.typepad.com/uhandblog/how_to_make_this_pursebag/

http://diybaglover.blogspot.com/

Nanti kalau ada yg menarik akan diupdatekan di sini..

Live To Discover..