Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Thursday, February 19, 2009

Bola Tampar - Presint 14 vs Bomba Putrajaya (Pt. 1)

Hi dan salam semua,

Minggu lepas (tak ingat hari apa), satu pertandingan bola tampar di antara pemain Presint 14 dan Bomba Putrajaya telah diadakan. Dan yang nak kecoh sikit, my hubby (jersi 11 - merah) telah terpilih untuk menjadi salah seorang pemain Presint 14..chaiyok bang!..hihi..

Game ni diadakan pada sebelah malam. Maklumla...semua orang keje di siang hari. Lebih2 lagi pasukan Bomba ni, bukan senang nak cari masa. Game start kol 9 mlm (biasela...ade lebih2 sikit)

Rupa2nya pasukan Bomba ni adalah pasukan yang paling tere dalam Putrajaya ni (according to my hubby). Dan pasukan Presint 14 lak pasukan baru yang tidak sengaja dikumpulkan daripada geng2 yang bermain di court kat bawah apartment nun tiap2 malam..hihi. Tapi jangan main2, ada coach beb. So oleh kerana si tere bertemu 'budak2 baru belajar', tau2 je la resultnya. Yang membanggakan, result takla jauh gap sangat.. Official result, tak tau..haha..

Actually game ni diadakan bertujuan mencari pengalaman menghadapi Terbuka Putrajaya nanti...tak sure lak tarikhnya. Jadi, bagi pasukan baru macam Presint 14 ni, pengalaman amat diperlukan. Semoga pasukan Presint 14 ni berjaya di mana2 game kelak.

Oklah, layanla gamba2 bawah ni. Sorila, xpandai amik gambo. Lagipun khusyuk tengok diorang main sampai terlepas nak snap aksi2 yang hebat.








Live To Discover..
Posted by Picasa

No comments: