Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, May 19, 2009

Makan2 di MarryBrown

Salam semua,

Ni cite lama...masa aku balik Kedah dulu. Saja nak kecoh2 sebab MarryBrown kat Shahab Perdana ni unik skt. Kerusi dia buaian. Ada gakla kerusi biasa. Tapi sajala gedik2 nak dok kerusi buai ni..hihi..

Actually dah lama gila tak makan kat MarryBrown. Aku makan kat UUM 6 tahun lepas...haaaa..lama tak? Lepas tu tak makan dah. Agaknya kat Kedah je tekak aku ni teringin nak makan MarryBrown..hihi..

Oleh kerana time tu dah tengahari, kitorang makan set Nasi MarryBrown...sedap...masih sama rasa macam dulu..tengoklah kerusi tu...buaian....best je makan..hihi..






Lepas ni nak try Radix Fried Chicken lak...kat Shahab Perdana gak....

Live To Discover..

Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti di Kampong

Salam,


Oleh kerana hari Jumaat 1 hb tu aku dah rugi sehari, hari Sabtu tula aku dan suami memulakan aktiviti.


Pagi2 tu kitorg sarapan kat luar berdua. Mertua aku dan adik2 ipar dah keluar berniaga. Awal diorg keluar, tak sedar bila kuar..hihi..Lepas makan, kitorg join mertua aku berniaga. Sajala nak tengok2 macam mana. Memang ok bisnes. Banyak gak pelanggan. Seronok tengok. Kitorg lepak kat gerai mertua aku sampai tengahari dan sampai tutup kedai.


Best gak lepak2. Sambil tu gedik tangkap gambo dan main kucing yang aku jumpa. Manja je. Cute.....




Pemandangan ni biasa je kat Kedah. Tapi sekali sekala tengok sejuk mata. Indah, damai je. Ni tengah musim menyemai. Tu semua anak pokok padi. Nanti akan dipindahkan dan disusun. Cheewah aku kan anak petani, tengok je dah tau..riaknye aku...



Petang tu barula sempat buat aktiviti utama kami. Cuci rumah. Actually rumah ni mak mertua aku punya. Dulu ada penyewa. Skang dah takde. Dari dibiarkan je baik kitorang duduk, kan?






Inilah rumah kami, gambar diambil selepas rumah dicuci. Kira okla, bersihlah gak. Janji kaki selesa nak pijak.

Live To Discover..

Rumahkah Ini???

Salam,

Inilah keadaan rumah aku sekarang. Meriah, kan? Maklumla, nak pindah. Jenuh nak berkemas. Isnin depan lori nak datang angkut barang ke Kedah. Lepas tu aku lak merempat kat umah adik aku.





Rupanya banyak gak barang2 kat umah aku ni. Masa normal nampak kosong je umah. Nak pindah ni belambak lak sampai aku taktau nak kemas macam mana. Ana fenin daa....

Live To Discover..

Kemeraku dah sihat!!

Salam,
Coret aku ni dah terbalik kut. Ni sebenarnya aktiviti aku dan adik aku malam sebelum balik kampung.
Kitorg gi IOI Mall Puchong untuk menyambut kameraku yang baru kuar 'hospital'..hihi. Actually kamera aku ni tak rosak pun. Memory card yang problem. Tak boleh nak 'write' dan 'read'. Aku mana tau, aku anto kamera je la. Sebelum ni orang Fujifilm ada call dan suruh bawak memory card ke pusat servis tu untuk cek. Rupanya sah masalah memory card.
Memory card aku tu FOC dari Fotokem sebab beli kamera ni. Menang2 lah free, dia bagi yang tak berkualiti. Tapi masa ambik kamera ni kedai tu takde stok memory card lak. Ada ke suruh datang next 2 weeks. Saja alasan tak nak bagi yang baru la tu. Tak kira, aku akan datang tuntut gak nanti...wakakakak...Sebelum tu husband aku dah beli memory card baru, 4 GB, in casela nak guna gak. Memang nak guna pon..hihi..tangkap gambo manik penting woooo...
Gi IOI wajib makan Black Pepper Noodle, menu yang adik aku kenalkan. Best wooo..pedas menyengat...nikmat giler...boleh panaskan badan sebab sejuk dalam ekon..hihi..

Yang cun atas tu adik aku, yang tembam bawah ITULAH AKU..kuikuikui..
Live To Discover..

Balik Kampong!!

Salam semua,

Kat opis takde masa nak berblog. Busy sangat jahit manik..kuikuikui..sementara takde tender apa salahnya aku jahit manikkan?at least aku tak ngulor, setia je kat opis tu.

Cuti Hari Pekerja yang lepas aku balik Kedah, jumpa suami. Actually tujuan utama balik ni sebab nak cuci rumah yang bakal kami tinggal nanti.

Ni nak cite pasal perjalanan aku balik. Aku beli tiket 1hb May, 11:00 am. Ni beli last minit. Kalau ikutkan rugila balik 1hb tu, tapi husband kata takpe, so aku ambik jela tiket ni. Janji dapat balik. Pada sangkaan aku sempatla sampai pukul 5 ke...ok lagi tuh...tapi rupa2nya sangkaan aku meleset.



Aku naik bas Trans kat Jalan Duta, Adik anto. Sampai awal sejam, dengan sabar aku menunggu pukul 11. Memang tak rasa lama sebab sempat tengok TV cite High School Musical. Layan beb. Tup2 pukul 11 tu tukang jaga 'Status Board' bas Trans tu tampal status "Maaf, Bas Belum Sampai". Whatdaheck?? Apa terjadi dengan bas ku? Bas ke tempat lain datang ontime je. Memang superbla sharpnya, tapi bila tang bas aku nak naik ni problem lak. Hampeh tul...rosak rupanya, kena tunggu bas ganti. Caittt!!!!Dahla adik aku yang ondaway sms bgtau jalan jem..huuu...punah harapanku..dahla bas lambat, jalan lak jem..kol bapela aku nak sampai...??






Lastly, kol 1 noon baru bas sampai...eeeee..gerammm..dahla bas bau semacam je. Bau ala2 hapak gitu, sabo jela laki aku cakap. So aku seperti biasa naik je bas tidola, apa lagi..hihi..kononnya kalau tido cepat sampai.

Sepanjang jalan ada gak aku terjaga. Nampakla keadaan jalan, bas slow gak sepanjang Rawang nak masuk Perak tu. Jenuh gakla. Tapi Alhamdulillah takla sampai berhenti, jalan tapi slow..akhirnya aku tertido lagi..hihi...tido jaga tido jaga akhirnya sampai Alor Setar. Tengok jam pukul 6 lebih. Wow!!hebat gak. Sure bas laju time aku tido. Aku bajet sampai malam.

Ni lah pengalaman naik bas time cuti umum. Mencabar beb.

Live To Discover..

Thursday, April 30, 2009

Unemployee To Be

Salam semua,

Lately entry aku takde gambo...sejak camera rosak..tapi td kedai dah call..so mlm ni blh amik...yahoooooo...boleh bawak balik Kedah esok...

Berbalik pada tajuk entry ni, hari ni, 30 hb Apr aku telah memberikan notis benti keje kat kompeni aku keje selama 2 tahun ++...1 month notice...actually tarikh surat 1hb May, tp esok kan cuti..bagi jela hari ni...bagi lambat kang macam2 hal HR ni...ade je nak cari alasan potong gaji...hope gaji aku selamat dan full untuk May ni...aaa claim bulan lepas pun jangan dilupa...tak baik tau ambik hak orang....

Kalau nak cakap pasal perasaan, aku rasa berbelah bahagi sekarang ni:

Seronok - sebab dok dengan suami...

Sedikit cuak - sebab takde keje, maknanya takde ongkos, huuuuu, lepas ni hulur tangan mintak duit kat husband jela kalau nak beli apa2..actually aku tak suka meminta2 duit macam tu, tak biasa, tapi kalau terpaksa nanti....

Perancangan aku kat Kedah nanti banyak sebenarnya...yang utama cari kerja la...tapi area sana degree tak laku...spm lagi laku..hihi..maka sia2 sajalah degree aku tu..alamak teringat PTPTN pun kena bayo...alamat naikla nama aku masuk paper..

Kalau diikutkan sifat pemalas aku ni, rasa macam nak keje kat umah je, jahit manikla, apa lagi..macam beader Fina yang dok kat Kulim. Kes dia sama macam aku. Ikut husband balik kampung sebab ditransfer. Terpaksa benti keje. Akhirnya dia keje jahit manik full time skang. Best gak kan? Tapi makan masala kalau aku nak buat macam tu gak. Aku ni pendatang je kat sana. Kena usaha kerasla cari customer.

Mak mertua aku berniaga skang ni. Jual baju ready made dan T-shirt muslimah. Rancak gak perniagaan dia dengar2nya..tapi takkan aku tetiba nak nyibuk join dia berniaga sedangkan ada 2 lagi adik ipar aku dok tolong dia skang. Kang lagi ramai orang jual dari pembeli lak kat kedai tu.

Lagi satu perancangan aku nak perbesarkan network eCosway aku kat sana. Dengar2 kat utara masih slow eCosway ni. Aku adala apply untuk jadi stokis. Tapi ntah bila la diorang nak panggil interview sebab network aku ni macam tak jalan je. Baru sorang je orang bawah aku iaitu adik aku..haha..actually aku memang tak reti persuade orang. Di'persuade' taula..hihi..aku ni memang cepat terpengaruh orangnya. Dari dulu lagi, kalau orang cakap pasal MLM aku dan husband akan tarik muka dan akan serender siap2 sebab MLM ni sure kena cari orang bawah, dan di situlah kelemahan utama kami. Tapi eCosway ni, aku join gak sebab dia lagi menarik dari MLM lain, walaupun kena cari orang bawah gak. Barang2 dia pun memang aku suka dan pakai selama ni. So kalau takde network pun, aku still beli barang2 dia dan dapatla bonus ciput2. Tapi aku berazam nak gak luaskan network aku, sian kat adik aku takde orang lagi bawah dia. Akan ku cari dan letak nama orang baru bawah nama dia. Dan aku berazam akan jadi up-liner yang adil dan saksama kepada down-liner2 bawah aku. Dan yang penting, pegang pada janji. Takla sesetengah orang tu tau tarik orang masuk je, lepas tu biar terkontang-kanting. Tak baik tau..

Emmm lagi sebulan aku akan bergelar penganggur..huaaa. Aku harap rezeki aku di Kedah nun adala. Bolehla aku tolong menaikkan ekonomi rumahtanggaku. Aku tau dan sedar, bukan senang nak mulakan semuanya semula nanti. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha. Amin....

Adios semua..

Live To Discover..

Thursday, April 23, 2009

Tere kah Aku??

Salam semua,

Jawapannya...memang tere + terrorist..wakakakak

Kenapa aku cakap aku tere?sebab aku diberi tugas untuk menyiapkan 2 tender yang perlu disubmit pada hari yang sama, yakni hari ni...dan pada masa entry ni ditulis, aku baru melepasi tahap busy peringkat gaban.

Kenapa agaknya superior aku bagi aku buat 2 tender pada hari yang sama ek?adakah sebab pada pandangan dia aku mampu handle?ooooohh tak mungkin...atau adakah sebab dia rasa tender ni memang akan kalah dan tak kisah aku yang tak berapa tere ni yang buat??emmm maybe kot....hihi..

Oleh kerana aku akan r****n tak lama lagi, so aku tak kisah pon. Bagila aku keje banyak mana pun. Kalah pun peduli apa aku.

Live To Discover..