Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti di Kampong

Salam,


Oleh kerana hari Jumaat 1 hb tu aku dah rugi sehari, hari Sabtu tula aku dan suami memulakan aktiviti.


Pagi2 tu kitorg sarapan kat luar berdua. Mertua aku dan adik2 ipar dah keluar berniaga. Awal diorg keluar, tak sedar bila kuar..hihi..Lepas makan, kitorg join mertua aku berniaga. Sajala nak tengok2 macam mana. Memang ok bisnes. Banyak gak pelanggan. Seronok tengok. Kitorg lepak kat gerai mertua aku sampai tengahari dan sampai tutup kedai.


Best gak lepak2. Sambil tu gedik tangkap gambo dan main kucing yang aku jumpa. Manja je. Cute.....




Pemandangan ni biasa je kat Kedah. Tapi sekali sekala tengok sejuk mata. Indah, damai je. Ni tengah musim menyemai. Tu semua anak pokok padi. Nanti akan dipindahkan dan disusun. Cheewah aku kan anak petani, tengok je dah tau..riaknye aku...



Petang tu barula sempat buat aktiviti utama kami. Cuci rumah. Actually rumah ni mak mertua aku punya. Dulu ada penyewa. Skang dah takde. Dari dibiarkan je baik kitorang duduk, kan?






Inilah rumah kami, gambar diambil selepas rumah dicuci. Kira okla, bersihlah gak. Janji kaki selesa nak pijak.

Live To Discover..

Balik Kampong!!

Salam semua,

Kat opis takde masa nak berblog. Busy sangat jahit manik..kuikuikui..sementara takde tender apa salahnya aku jahit manikkan?at least aku tak ngulor, setia je kat opis tu.

Cuti Hari Pekerja yang lepas aku balik Kedah, jumpa suami. Actually tujuan utama balik ni sebab nak cuci rumah yang bakal kami tinggal nanti.

Ni nak cite pasal perjalanan aku balik. Aku beli tiket 1hb May, 11:00 am. Ni beli last minit. Kalau ikutkan rugila balik 1hb tu, tapi husband kata takpe, so aku ambik jela tiket ni. Janji dapat balik. Pada sangkaan aku sempatla sampai pukul 5 ke...ok lagi tuh...tapi rupa2nya sangkaan aku meleset.



Aku naik bas Trans kat Jalan Duta, Adik anto. Sampai awal sejam, dengan sabar aku menunggu pukul 11. Memang tak rasa lama sebab sempat tengok TV cite High School Musical. Layan beb. Tup2 pukul 11 tu tukang jaga 'Status Board' bas Trans tu tampal status "Maaf, Bas Belum Sampai". Whatdaheck?? Apa terjadi dengan bas ku? Bas ke tempat lain datang ontime je. Memang superbla sharpnya, tapi bila tang bas aku nak naik ni problem lak. Hampeh tul...rosak rupanya, kena tunggu bas ganti. Caittt!!!!Dahla adik aku yang ondaway sms bgtau jalan jem..huuu...punah harapanku..dahla bas lambat, jalan lak jem..kol bapela aku nak sampai...??






Lastly, kol 1 noon baru bas sampai...eeeee..gerammm..dahla bas bau semacam je. Bau ala2 hapak gitu, sabo jela laki aku cakap. So aku seperti biasa naik je bas tidola, apa lagi..hihi..kononnya kalau tido cepat sampai.

Sepanjang jalan ada gak aku terjaga. Nampakla keadaan jalan, bas slow gak sepanjang Rawang nak masuk Perak tu. Jenuh gakla. Tapi Alhamdulillah takla sampai berhenti, jalan tapi slow..akhirnya aku tertido lagi..hihi...tido jaga tido jaga akhirnya sampai Alor Setar. Tengok jam pukul 6 lebih. Wow!!hebat gak. Sure bas laju time aku tido. Aku bajet sampai malam.

Ni lah pengalaman naik bas time cuti umum. Mencabar beb.

Live To Discover..