Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, October 20, 2009

Siannya blog aku nih!!

Salam,

Hai lamanya aku abaikan blog ni..dah dok rumah pun macam tak sempat plak nak bukak pc. Bukan apa, aku kalau boleh nak meminimakan penggunaan letrik kat rumah ni..berjimat..maklumlah dah tak keje, takmaula jadi pengabih bogheh je kan?

Lepas raya hari tu aku just update blog manik aku je...bisnes kena jaga beb...tu pun ada bbrp customer yang contact aku tru emel yang aku tak sedar...nasib baik adik aku rajin tolong tgk2kan..hihi..

Tambahan skang ni ade pulak Facebook...tapi FB ni mcm meriah sikit dari Friendster...so layan fb pulak...nak upload gamba lagi...mmg tak terlayan mcm2 aktiviti kat Internet ni..

So mana yang ada je lah ye...

Live To Discover..

Friday, August 7, 2009

Kami pun orang kampung, pun dah join, anda bila lagi????

Salam,

Semalam aku, hubby and An (adik ipar) pegi Sg Petani, ke rumah Abg Zul. Dia buat kenduri sempena nak pegi haji. Actually datang ni nak pegi umah Kak Rin bawak prospek. Rumah diorg saling membelakang je.

Actually mula2 aku n hubby berat sangat nak masuk Hai-O ni. Maklumla sebelum ni dah penah masuk Cosway(cara bisnes ala2 MLM gak sbb kena cari orang bwh, tapi tak ngaku MLM). Tapi tak sampai ke mana sebab lepas je aku masuk, diorang tukar plan. Dulu aku tertarik kat Cosway sebab motonya, nak tambah pendapatan sampingan. Tapi plan baru ni pulak, lebih kepada nak cari orang dan kena beli barang yang banyak. Kat sini aku dah perasan, Cosway dah mula nak jadi macam MLM lain. Kena beli barang banyak2 dulu, dan cari orang bawah.

Setelah mendengar penjelasan dari orang yang arif, maka hati kami tertarik dengan pelan perniagaan Hai-O ni, yang lebih nak melahirkan usahawan. Dan diorang mengaku yang Hai-O ni memang MLM. Aku berharap pilihan kami kali ini tepat dan dapat merubah kehidupan dan masa depan kami. Doakan kejayaan kami.....

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan, rebutlah peluang ini. Dan sama-sama kita berusaha ke tahap yang lebih tinggi.



My hubby and Abg Zul, ada cam ke? takkan tak cam kot.

Kak Rin, me, Nurul, Kak Normah (wife Abd Zul), and An.

Me, Kak Normah and An...


Live To Discover..

Thursday, August 6, 2009

Sistem Penapis Air Berteknologi Nano Bio Aura

Salam,

Baru2 ni aku and hubby baru join satu bisnes. Rasanya semua orang penah dengar pasal produk ni. Kualiti produk ni memang tak dinafikan, sangat superb. Berbaloi2 membelinya..hihi..aku pun dah memiliki benda alah ni satu..maklumla, water is source of life, so kenala pastikan air yang diminum tu benar2 bersih. Bukan kaler je jernih, tapi setiap molekulnya pun bersih..

So kepada sesiapa berminat untuk memiliki Sistem Penapis Air Berteknologi Nano Bio Aura ni, bolehla contact saya di 012-5986140. Bayaran secara ansuran dibenarkan, jadi sesiapa saja boleh memilikinya....

Kepada sesiapa yang berminat nak mengetahui pasal bisnes ni pun amat dialu2kan....


Hai-O, My Choice for Life...bersama2lah kita berusaha demi masa depan yang gemilang...!


Live To Discover..

New project - Kurung Kedah and Blouse

Salam,

Aduh lamanya tak update. PC baru sihat. Dulu asyik padam je tiba2 time guna. Smpai fade up nak bukak. La ni baru ok..Alhamdulillah.

Dok rumah saje2 ni bosan gak. Suami pun naik pening aku asyik mengeluh kebosanan. Hihi.. So dia suggest aku menjahit. Ye la, dah blaja menjahit tapi tak praktis. Rugi je ilmu. So Aku pun belila kain murah2 nak buat baju.

Hari tu adik aku bagi kain batik kaler hijau, dia beli kat Langkawi (gambar bawah). Lawa gak, kaler pun tak banyak, so pada aku sesuai sangat dijahit. Aku pun belila kain kosong hijau untuk dibuat baju kurung kedah. Husband yang suruh, semangat keKedahannya kuat beno..hihi, aku pun layan je. Orang kata senang buat kurung Kedah. Jadi kita nantikan hasilnya nanti...

Baju bunga kaler oren ni pulak aku nak try buat blouse. Yang ala2 baju kurung moden jek. Ni pun aku hantam je potong kain, tapi ikut gak sikit2 nota dari internet. Bukan paham sangat pun..hihi..hope percubaan aku menjadi...nanti bila dah siap akanku paparkan di sini..janganla tak jadi, malu beb..



Live To Discover..

Monday, July 13, 2009

My Farewell Party..

Salam,
Ni pulak gamba2 masa farewell party kat office untuk aku..terharu beb..ED masak rendang and ketupat...Pn Haliza memang tere masak..

Aku yang berposing kat depan office entrance...tu la nama kompeni aku dulu..orange adalah kaler rasmi..
Menu2 kat party..aku terlepas makan brownies kak Meria..rugi2..tapi kengang sangat baru makan kat TCRS dengan Zima.

Rendang daging...ummm..nyum2..

Ketupat nasi, my favourite. Tak kisahla nasi impit ke atau yang dalam daun kelapa..sama je sodap..

Dari kiri: Kak Azizah, Fazli, Samad (my boss in technical dept), Kyrol dan Kak Ila.

Dari kiri: Samad, Aku, Kak Azizah dan Pn Haliza (ED).

Me with Kak Mariana, orang paling berjasa menguruskan gajiku..hihi..

Me with Kak Wa, the anggun mother, also my upliner in eCosway.

Me with Kak Ila, orang yang berjasa besar membawa aku ke Technitium. Thanks kak!

Me with Audrey, the coolest non-muslim member I ever had.

Me with kak Asmi, also my up-upliner in eCosway. Sekarang dah benti gak sebab dah jadi stokis eCosway kat Shah Alam. Cayalah kak!

Me with Kak Meria, the caring mother.

Me with Kak Rani, the ranggi mother..hihi..

Fazli and Salim, 2 Kelantan boys..hihi..
Terima kasih semua..semoga jumpa di lain waktu..
Live To Discover..

Berjumpa kawan lama....

Salam,

Sejak dok Kedah ni malas tul layan komputer, prefer layan TV jek..hihi..kadang2 sangat bukak komputer ni...apala nak jadi aku ni...

Actually ada banyak gamba2 yang belom diupload, especially gamba2 sebelum balik Kedah dulu..antaranya gamba member sekolah, Zima. Ni mak buyung ni. Pregnant for 2nd baby. Baik hati mak buyung belanja aku makan kat The Chicken Rice Shop, Alamanda.








Nyum2...lazatnyer...



Thanks Zima, hope persahabatan kita kekal walau di mana jua kita berada..

Live To Discover..

Saturday, June 27, 2009

Apa Yang Berlaku...

Salam semua,

Rindunya diary digital aku ni...ini merupakan entry pertama aku dari utara ni...nak kata sibuk, takla sangat, cuma takde kesempatan nak access internet. Kena tunggu husband balik keje baru boleh guna Broadband dia. Tapi bila husband dah balik, malas le pulok..hihi..

Saja nak share aktiviti aku sepanjang dok utara ni...

Lepas je aku resign, aku terus balik Perak, adik kawen. Gamba adala sikit2, camera prob daa...aku buat jatuh. Huuuuu bengkek je husband aku. Dahla camera baru kuar service. Petang kenduri tu aku and hubby terus balik Kedah, Ahad hubby keje...tak dapat cuti sejak dilantik jadi setiausaha mesyuarat mingguan.....

Seminggu dok Kedah aku balik Perak sorg2, pegi Ganu dengan sedara-mara, rombongan adik ke Ganu lak....padahal dia dah pegi sana awal2..hihi...hemm...kitorang pegi bagi semangat je la...

Beberapa minggu yang lepas, nenek hubby lak meninggal dunia, dan pada masa yang sama, pak mertua adik aku (baru beberapa minggu adik dapat pak mertua), meninggal malam sebelum nenek hubby meninggal. Nenek hubby meninggal subuhnya. Itulah lumrah kehidupan, ada yang datang, ada yang pergi....

Pada hari2 biasa aku jahit manik (sikit2 je sejak pindah Kedah). Selebihnya aku pegi tolong adik ipar aku menjalankan bisnes pakaian wanita milik mak mertua aku (T-shirt muslimah, blouse, jubah, tudung, tudung kanak2). Tapi kadang2 je la aku tolong. Especially kalau ada apa2 event such as ekspo, open day atau pameran. Seronok gak beniaga ni. Sempatla aku promote manik2 aku..hihi...

Rasanya lepas ni aku kena cari keje tetap gakla, tak bestla takde duit sendiri. Bisnes manik pun macam lembap je. Tak boleh nak harap sangat. Tapi nak keje ape ek? Kepada sesape yang tau kat mana2 ada kerja kosong, bagitaula saya ek? Thanks...

Live To Discover..