Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label kedai manik. Show all posts
Showing posts with label kedai manik. Show all posts

Saturday, June 27, 2009

Apa Yang Berlaku...

Salam semua,

Rindunya diary digital aku ni...ini merupakan entry pertama aku dari utara ni...nak kata sibuk, takla sangat, cuma takde kesempatan nak access internet. Kena tunggu husband balik keje baru boleh guna Broadband dia. Tapi bila husband dah balik, malas le pulok..hihi..

Saja nak share aktiviti aku sepanjang dok utara ni...

Lepas je aku resign, aku terus balik Perak, adik kawen. Gamba adala sikit2, camera prob daa...aku buat jatuh. Huuuuu bengkek je husband aku. Dahla camera baru kuar service. Petang kenduri tu aku and hubby terus balik Kedah, Ahad hubby keje...tak dapat cuti sejak dilantik jadi setiausaha mesyuarat mingguan.....

Seminggu dok Kedah aku balik Perak sorg2, pegi Ganu dengan sedara-mara, rombongan adik ke Ganu lak....padahal dia dah pegi sana awal2..hihi...hemm...kitorang pegi bagi semangat je la...

Beberapa minggu yang lepas, nenek hubby lak meninggal dunia, dan pada masa yang sama, pak mertua adik aku (baru beberapa minggu adik dapat pak mertua), meninggal malam sebelum nenek hubby meninggal. Nenek hubby meninggal subuhnya. Itulah lumrah kehidupan, ada yang datang, ada yang pergi....

Pada hari2 biasa aku jahit manik (sikit2 je sejak pindah Kedah). Selebihnya aku pegi tolong adik ipar aku menjalankan bisnes pakaian wanita milik mak mertua aku (T-shirt muslimah, blouse, jubah, tudung, tudung kanak2). Tapi kadang2 je la aku tolong. Especially kalau ada apa2 event such as ekspo, open day atau pameran. Seronok gak beniaga ni. Sempatla aku promote manik2 aku..hihi...

Rasanya lepas ni aku kena cari keje tetap gakla, tak bestla takde duit sendiri. Bisnes manik pun macam lembap je. Tak boleh nak harap sangat. Tapi nak keje ape ek? Kepada sesape yang tau kat mana2 ada kerja kosong, bagitaula saya ek? Thanks...

Live To Discover..

Thursday, April 16, 2009

Musim Tender

Salam semua,

Sejak minggu lepas aku bertungkus lumus buat tender sambil jahit manik. Time byk tempahan la tender banyak kuar. Tapi nk buat macam mana, buat tender adalah pekerjaan utamaku. Kompeni bagi gaji, so kenala buat keje.

Minggu lepas aku buat tender UTM. Susah giler. Aku tak layak buat actually. Tp superior aku bagi gak. Nasibla....blasah je la. Dahla supplier reply lambat gile. Kelam kabut aku dibuatnya. Ahad aku stay back kat opis sebab closing isnin lepas. Pening lalat aku menyudahkan benda yang satu haram pun aku tak paham.

Cuba korang bayangkan, aku ni setakat PC, notebook atau printer tu familiar lagila technical spec nya. Ni tahap gaban. Tajuknya pun aku dah tak paham, TENDER FOR THE SUPPLY, DELIVER, INSTALLATON, TESTING AND COMMISIONING OF VIRTUALIZATION AND DATA RECOVERY CENTRE FOR UTM, SKUDAI. Anda paham?hihi..jangan tanya aku balik sudah...aku rasa tender ni kalah kot..haha..padan muka.

Lepas siap tender dibalut pada pukul 8.00 am isnin, aku balikla cover tido. Akibat tak tido malam tu, aku dilanda masuk angin. Taktaula celah bedah mana angin masuk, sakit gile perut ku. Maybe sebab malam stay back tu dinner lambat. Tukang blanja lepak2 lak kat kedai. banyak canteek dia melantak sedap2. Kami kat ofis ni kelaparan. Malam isnin tu aku terpaksa pegi klinik dibawa oleh adikku sebab tak larat drive, dapatla ubat angin.

Minggu ni buat tender untuk UMK lak. Nasib baik kali ni tahap kesukarannya sesuai dengan level pengetahuan aku. Closing Ahad ni sebab kelantan kan keje ahad. Hope aku dapat siapkan by tomorrow (jum) supaya aku tak payah keje sabtu...huuuu...give me a break!!manik lagi nak jahit...semoga murah rezeki ku....

Oklah nak buat tender...

Live To Discover..

Monday, April 6, 2009

Ke kedai manik

Salam semua,

Bagi yang dah tau, suamiku dah ditransfer ke Kedah. Last week dia dah balik. So ni nak cite kisah minggu lepasla...jalan2 dengan hubby sebelum dia balik Kedah. Meronggeng sakan macam orang baru bercinta..maklumla nanti lama tak jumpa. Sedihnya..huuuuuuuuuu..

Ni kisah pertama dari 3 kisah dalam satu malam..

Mula2 hubby bawak aku ke tempat favourite aku, kedai manik..haha. Saja cari bahan untuk baju2ku yang dah siap tu. Aku pegi kedai manik kat Bangi, kedai yang disyorkan oleh kak izan heartbeads.

Ni lah kedainya...best kedai ni. macam2 ada...kira heaven la gak bagi peminat manik. murah gak. berbaloi untuk bisnes.

Ni aku yang berposing depan kedai..tak malu sungguh kan?

Aku yang tengah pilih manik. tak sedo bila hubby snap gamba. kalau datang kedai manik memang sure lama punya. mana hubby tak bosan nunggu. tu yang ambik gambo je kejenya. thanks abang for being such an understanding husband dengan pe'el ayangmu ini..hihi..

Ok, to be cont to kisah ke 2.
Live To Discover..