Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Monday, April 18, 2011

Bila Perut Yang Posing..hihi

32 weeks.....

Huhh.......penat!. Itu paling ketara skarang ni. Kadang2 duduk saja pun penat. Heran sungguh. Tapi yang tak boleh nak elak adalah naik tangga ke ofis...tingkat 4 lak tu..mengah mokcik..so kepada bos i....jangan harapla stafmu ini cemerlang sangat..tak larat den...

Weekend lepas hubby tiba2 ajak bersiap lawa2. Ingatkan nak pegi mana. Rupanya nak sesi bergambar..hihi..aku memang dah tak larat nak melawa lately..bersiap pegi keje je pakai bedak...dah tengahari n solat tu takde mood dah tambah bedak..kuar makan malam2 lagila..kalau rajin tu boh bedak baby je...


Ni la style duduk aku skarang..baek punya tersandar..


Anak kesayangan Abah ni...



Live To Discover..

Monday, April 11, 2011

32 weeks ++ Still Oblique??

Gulp....

Baru balik cek up....dah 32 minggu rupanya..hihi..buat2 pelik lak..padahal memang tau..tapi yang seramnyer misi kata kepala baby still tak engage. Kepala dia dah kat bawah..tapi macam ke kanan sikit...punggung baby kat kiri atas...emmm..bersilang anak ummi kat dalam ni ye..

Malam tadi baby buat lagi aktiviti kick2 kat bawah tu. Seram nyah!. Punyala aktif sampai hubby risau tengok perutku bergelombang. Baby tengah try nak masuk laluan kot. Harap2 camtula. Aku harap sangat2 untuk deliver secara normal ni. So malam tadi aku n hubby dok menonton perut aku jela aktivitinye. Macam tengah contraction pun ada, kejap2 sakit, kejap2 ok..cheewah macamla penah mengalami contraction...eh penah..masa induce untuk D&C dulu....

Alhamdulillah setakat ni barang2 n beg baby untuk ke hospital dah siap. Beg aku je belom..huuu...tapi aku dah berjaya pilih set berpantang. Jenama adalah rahsia. kalau ok baru akan dikhabarkan dan dipromote kat orang lain..hihi..

Emmm tak sabarnya tunggu baby..tapi takutnyer nak bersalin..hihi..

Live To Discover..

Sunday, April 10, 2011

Braxton Hicks..awal sangatkan?

As-salam,

Aku penah baca psl Braxton Hicks ni yang kononnya seakan2 dengan contraction. Tapi kejap2 n takde timing yang tetap. Aku memang dah lama rasa benda ni. Perut mengeras n rasa kejung je. Rasa berat nak jalan.

Tapi sejak akhir2 ni macam lain sikit. Bukan Braxton Hicks kot. Tapi rasa macam tersengkang di celah paha. Kadang2 rasa macam baby tengah kick2 bahagian bawah. Seram je. Takut terpecah lak ketuban..hihi..logikkah? Adakah itu kepala baby yang tengah berlatih untuk push??huuuu seram.. Baby, tunggu dulu tau..belum masanya lagi...berlatih sikit2 je tau. Pelan2 je ek. Jenuh kepit time dia buat macam ni. Kononla...

Hope takde ape2la simptom ni. Semoga baby dapat bertahan hingga cukup bulan dan cukup matang untuk keluar..amin..

Live To Discover..

Rindu Pada Family

As-salam...

Tah nape tetiba rasa rindu kat family...rasa lama sungguh tak jumpa..padahal bulan lepas aku dah jumpa mak dan adik aku kat Bukit Jalil nun. Maybe sebab kejap sangat jumpa, so rasa macam mimpi je perjumpaan yang singkat tu.

Kalau ikutkan family aku bukannya ramai sangat. Kami 3 beradik n mak je. Tapi sebab semua dah kawin so payahla nak set satu masa untuk gather2 kot. Raya lagila. Turn ke rumah mertua masing2 memang tak boleh usik dah, bahaya..hihi.. So mengharapkan takdir je la untuk temukan kami..huuu..sedih lak.

Tapi rasanya rindu kat anak sedara lagi kronik..hihi. Kyra n Kyrin dah beso n bijak agaknya. Rayyan pulak nasib baik mamanyer slalu update kat blog. Terubatla sikit rindu tu..tapi tiap kali tengok gambo asyik berubah je. Cepat sungguh budak2 ni membesar. Emmm..anak aku nanti ada ke yang sudi rindu..huuuu..emosi jap.

Last but not least..gambo2 Rayyan masa aku n hubby g KL bulan lepas..inilah hasilnya dari perjumpaan yang sekejap itu...


Alalala..comelnye tenung..muka putih melepak dengan bedak mamanyer buboh..hihi..


Bukak baju dia..yeahhhh..


Huhuh..awat kerot dahi?


Putihnye Rayyan...gelapnyer pakteh..hihi

Live To Discover..

Monday, March 28, 2011

30 weeks++....Alhamdulillah....

Baru lepas balik check up..bestnya..Alhamdulillah segalanya ok. Cuma berat je bertambah terlebih sikit. Nak buat macam mana, selera menggebu sungguh.

Setakat ni BP ok..HB ok..urin pun ok..dah melepasi 28 weeks rasa macam tak percaya je..sebab sejarah pre-eklampsia dulu jadi masa 28 weeks..so nak sampai dan melepasi 28 weeks tu rasa berdebar2 sangat...lepas solat tu memang sentiasa doa dijauhkan segala komplikasi..bila dah lepas rasa lega...

Baby skang dah 1.6kg++..memang lebih berat daripada arwah Abang Long nya dulu yang hanya 1kg je pada 28 weeks. Sian Syakirin...BP aku yang tinggi effect kat pertumbuhan dia...aku harap kali ni semua ok dan selamat.

Tetiba jadi macam berdebar2 lak dah masuk 30 weeks ni. Hubby pun sama. Sebab dah semakin dekat dengan due kot. Dari segi persiapan rasanya ok dah. Cuma barang2 yang remeh temeh je tak beli lagi. Beli kemudian2 pun boleh kot..ikut keperluan..Yang betul2 penting cuma barang aku (set berpantang) dan keperluan untuk breastfeed nanti. Lepas ni tinggal nak isi barang2 dalam beg nak pegi hospital je.

Alhamdulillah...Allah memudahkan segalanya...sekarang ni aku dah ada driver. Hubby ditransfer tempat keje yang lebih dekat dengan aku. So kami naik satu kete je. Jimat minyak. Cuma kena keluar rumah awal sikit je dari biasa. Lagipun sejak akhir2 ni kaki aku selalu jadi cramp time bangun pagi. Memang jenuh kalau nak drive sendiri walaupun kete auto je.

Live To Discover..

Sunday, March 27, 2011

I Love Stimbot

As-salam,

Dulu dok Putrajaya kalau tingin stimbot ke Johnny's la jawabnyer. Kat Kedah ni setau aku macam xde je pakcik Johnny's tu. So selepas mencuba di beberapa tempat, akhirnya jumpa gak satu tempat yang OK stimbotnyer. Kedai ni kat medan selera berhadapan Giant al bukhory alor setar.

Time ni kami pergi sempena anniversary n beday aku tengah bulan yang lepas. Dah lama kawan ofis suggest tempat ni tapi tak berkesempatan nak pegi. So time beday tu aku nekadla nak pegi gak. Alhamdulillah akhirnya sampai gak kami. Dan ternyata sangat OK tempat tu. Cuma tang kuah tu takde pilihan kuah tomyam. Ada satu jenis kuah je iaitu sup. Tapi nasib baik sup tu ok sangat2. Sedap....

Ni sos2 yang sampai dulu. Jenuh tengok sos ni sementara tunggu main dish nya smpai..hihi..sos dia sangat ok walaupun tak sehebat sos kat Johnny's...slurp2....sungguh mengidam kat sos Johnny's tu...hari tu pegi Ipoh cadang nak makan Johnny's. Tapi FULL HOUSE wa cakap lu. Nak tunggu memang tak dapek sebab makan stimbot bukan macam makan nasi goreng...lama tu....

Aktiviti snap2 sementara tunggu makanan...tapi hubby i ni sabar je.....hihi...

Aku memang tak boleh nak cover dah kalau tengah bengang...terpancar di mukaku..hihi

Nasib baik stimbot tu sedap dan ok sangat...berbaloi2 penantian kami. Kami ambik set kecil...rm20. Puas makan. Bahan2 pun ok. Segar je. Nanti nak pegi lagi.....

Live To Discover..

Thursday, March 24, 2011

Berdebarnya basuh baju

Weekend hari tu aku membasuh baju2 baby sebagai persediaan sebab dah masuk 7 bulan. Taktau macam mana nak gambarkan perasaan masa basuh baju tu. Berdebar ada, seram ada, excited pun surela ada. Aku lak terkial2 nak terbalikkan baju tu sebelum sidai. Maklumla bajunye kecik beno. Nak masuk tangan pun payah..hihi..tapi comel sungguh baju2 itu...rasa tak sabar pulak nak tunggu tuan baju tu keluar...

Bila dah basuh, rumah pun berbau wangi je sebab guna detergent khas untuk baby. Syok je layan perasaan..hihi. Aku takla beli banyak sangat baju newborn. Tak sampai 15 pasang rasanya. Kot2la budak ni cepat beso..kenala beli saiz S..kot..hihi..aku ni tak reti sangat bab2 barang baby ni. Walaupun ada anak sedara tapi tak sempat nak blajo mengasuh budak sebab jarang jumpa. Takpela baby...ummi blaja pelan2 ye. Tak syokla kalau dah tere sangat kan? Ummi nak blaja semua dengan baby...nak kaut semua pengalaman pertama dengan baby..sebab baby special...

I luv u my son...SON??hihi...abis tu, dh 4 kali scan nampak bird je...apa2pun ummi harap baby sihat..amin....

Live To Discover..