Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, July 13, 2010

Pakcik datang umah

Salam,

Kadang-kadang orang datang rumah best jugak ye..especially kalau yang bagitau awal2 dan kita sempat bersedia..hihi..maklumla..nak kata career woman takla jugak..kerani biase2 je..tapi oleh kerana berstatus isteri bekerja ni, paham2 jelah keadaan rumah macam mana kan?

Pakcik Khair sekeluarga datang dan tido satu malam di rumah aku. Dia sekeluarga nak pergi bercuti ke Langkawi esok paginya. Jadi bertanggaklah mereka satu malam kat rumah aku.

Malam tu pakcik ajak kuar makan2. Dah lama tak belanja mak (kakak dia) makan katanya. Kebetulan mak ada kat rumah aku. Aku pun pening taktau nak bawak pegi mana. Jitra ni malam2 bukan happening macam kat KL nun...so aku bawak pegi makan sup utara je lah...makanan popular kat sini..ada jugak terpikir nak bawak gi makan char kuey teow..tp diorang lebih excited dengan sup..hihi..






Thanks pakcik sebab sudi singgah dan tidur di rumah kecil kami...dan juga belanja makan..hihi..ada ke patot tetamu yang belanja?ishk3..

Live To Discover..

Thursday, June 17, 2010

Nearly 1 year

Salam,

Masyaallah...dah dekat setahun aku tinggalkan blog ni...nak kata aktif kat fb pun tak jugak...blog manik pun suam2 kuku je...kesimpulannya aku ni bukan jenis yang pandai meluahkan pandapat dan perasaan...kat blog ni cume bleh share picca je la..itupun kalau rajin..

Sori kepada sesiap yang membaca, saya akan cuba memperbaiki diri dan blog ini...

Live To Discover..

Thursday, October 29, 2009

Bencinya barang hilang

Salam,

Ni yang aku tension kalau barang hilang....dahla mahal...takla mahal sangat..tp bagi aku mahalla kalau rm60-70...huuuu...aku cakap pasal charger bateri AA Energizer yang aku beli untuk kegunaan kamera aku tu...eeee geram betoi...takkan tercicir kat Langkawi...tp tu la last aku guna masa bercuti dulu...cadangnya beli charger bolehla untung tak payah beli bateri...ni dia lak hilang..bergandala rugi...warghhh...!!!

Live To Discover..

Tuesday, October 20, 2009

Siannya blog aku nih!!

Salam,

Hai lamanya aku abaikan blog ni..dah dok rumah pun macam tak sempat plak nak bukak pc. Bukan apa, aku kalau boleh nak meminimakan penggunaan letrik kat rumah ni..berjimat..maklumlah dah tak keje, takmaula jadi pengabih bogheh je kan?

Lepas raya hari tu aku just update blog manik aku je...bisnes kena jaga beb...tu pun ada bbrp customer yang contact aku tru emel yang aku tak sedar...nasib baik adik aku rajin tolong tgk2kan..hihi..

Tambahan skang ni ade pulak Facebook...tapi FB ni mcm meriah sikit dari Friendster...so layan fb pulak...nak upload gamba lagi...mmg tak terlayan mcm2 aktiviti kat Internet ni..

So mana yang ada je lah ye...

Live To Discover..

Friday, August 7, 2009

Kami pun orang kampung, pun dah join, anda bila lagi????

Salam,

Semalam aku, hubby and An (adik ipar) pegi Sg Petani, ke rumah Abg Zul. Dia buat kenduri sempena nak pegi haji. Actually datang ni nak pegi umah Kak Rin bawak prospek. Rumah diorg saling membelakang je.

Actually mula2 aku n hubby berat sangat nak masuk Hai-O ni. Maklumla sebelum ni dah penah masuk Cosway(cara bisnes ala2 MLM gak sbb kena cari orang bwh, tapi tak ngaku MLM). Tapi tak sampai ke mana sebab lepas je aku masuk, diorang tukar plan. Dulu aku tertarik kat Cosway sebab motonya, nak tambah pendapatan sampingan. Tapi plan baru ni pulak, lebih kepada nak cari orang dan kena beli barang yang banyak. Kat sini aku dah perasan, Cosway dah mula nak jadi macam MLM lain. Kena beli barang banyak2 dulu, dan cari orang bawah.

Setelah mendengar penjelasan dari orang yang arif, maka hati kami tertarik dengan pelan perniagaan Hai-O ni, yang lebih nak melahirkan usahawan. Dan diorang mengaku yang Hai-O ni memang MLM. Aku berharap pilihan kami kali ini tepat dan dapat merubah kehidupan dan masa depan kami. Doakan kejayaan kami.....

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan, rebutlah peluang ini. Dan sama-sama kita berusaha ke tahap yang lebih tinggi.



My hubby and Abg Zul, ada cam ke? takkan tak cam kot.

Kak Rin, me, Nurul, Kak Normah (wife Abd Zul), and An.

Me, Kak Normah and An...


Live To Discover..

Thursday, August 6, 2009

Sistem Penapis Air Berteknologi Nano Bio Aura

Salam,

Baru2 ni aku and hubby baru join satu bisnes. Rasanya semua orang penah dengar pasal produk ni. Kualiti produk ni memang tak dinafikan, sangat superb. Berbaloi2 membelinya..hihi..aku pun dah memiliki benda alah ni satu..maklumla, water is source of life, so kenala pastikan air yang diminum tu benar2 bersih. Bukan kaler je jernih, tapi setiap molekulnya pun bersih..

So kepada sesiapa berminat untuk memiliki Sistem Penapis Air Berteknologi Nano Bio Aura ni, bolehla contact saya di 012-5986140. Bayaran secara ansuran dibenarkan, jadi sesiapa saja boleh memilikinya....

Kepada sesiapa yang berminat nak mengetahui pasal bisnes ni pun amat dialu2kan....


Hai-O, My Choice for Life...bersama2lah kita berusaha demi masa depan yang gemilang...!


Live To Discover..

New project - Kurung Kedah and Blouse

Salam,

Aduh lamanya tak update. PC baru sihat. Dulu asyik padam je tiba2 time guna. Smpai fade up nak bukak. La ni baru ok..Alhamdulillah.

Dok rumah saje2 ni bosan gak. Suami pun naik pening aku asyik mengeluh kebosanan. Hihi.. So dia suggest aku menjahit. Ye la, dah blaja menjahit tapi tak praktis. Rugi je ilmu. So Aku pun belila kain murah2 nak buat baju.

Hari tu adik aku bagi kain batik kaler hijau, dia beli kat Langkawi (gambar bawah). Lawa gak, kaler pun tak banyak, so pada aku sesuai sangat dijahit. Aku pun belila kain kosong hijau untuk dibuat baju kurung kedah. Husband yang suruh, semangat keKedahannya kuat beno..hihi, aku pun layan je. Orang kata senang buat kurung Kedah. Jadi kita nantikan hasilnya nanti...

Baju bunga kaler oren ni pulak aku nak try buat blouse. Yang ala2 baju kurung moden jek. Ni pun aku hantam je potong kain, tapi ikut gak sikit2 nota dari internet. Bukan paham sangat pun..hihi..hope percubaan aku menjadi...nanti bila dah siap akanku paparkan di sini..janganla tak jadi, malu beb..



Live To Discover..