Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Sunday, March 6, 2011

Oh Anakku...

Cakap-cakap pasal gender....2 kali scan yang latest ni, kat 2 tempat berbeza, 2-2 doc cakap baby boy...dan dua2 macam confident je. Nak caye ke tak eh? bukan ke jantina bayi dalam rahim adalah rahsia Allah...so untuk keselamatan, aku n hubby beli baju kaler yang 2-2 gender leh pakai..majoriti coklat la jawapnyer.

Aktiviti shopping barang baby dah lama start...beli sikit2 la kan? takdela terasa sangat duit tu kluar...lagipun barang2 arwah my 1st son ada lagi disimpan. Mana barang yang bukan dalam ketegori boleh expired tu bolehla pakai. Sian arwah tak sempat pakai sehelai baju pun...duduk NICU Putrajaya tu bogel je pakai pampers...sian anak ummi...sedih rasanya teringatkan dia...

Kali ni aku cuba nak buat sendiri barang2 keperluan baby..mana yang aku reti dan mampu buatla..akhirnya aku decide nak buat barut baby dan sarung tilam bantal. Dua2 masih dalam pembikinan. Tak sabar nak siapkan tapi keadaan menyukarkan..asyik sakit pinggang je buat keje2 menjahit ni..so buat sikit2 and slow2 jek..

Tak saba nak completekan list barang baby termasuk gadjet2 untuk breastfeed nanti. Nak shoping pun tak boleh selalu sebab mokcik dah asyik mengah je skarang..huuu..tapi semangat shopping tu masih berkobar...skang ni tak sempat survey2 dah...mana yang on list beli je...tempat shopping pun tak memilih...blasah je yang mana dekat...pasaraya beso2 tak larat nak tawaff dah...

Kadang2 exhausted gak buat persiapan ni. Tapi diri gatal gak nak nak buat aktiviti menjahit. Tapi bukan jahit manik..hihi. Hobi terbaru adalah menghasilkan totebeg dan crochet (mengait 1 jarum). Dalam masa sama menjahit barang keperluan babyla. Dah ada beberapa hasil. Amatur je la. Cuma tak diexpose kepada umum je lagi..hihi..(macamla ada yang sudi tengok).

Harap anak ummi kat dalam ni sentiasa sihat wal 'afiat. Takut gak kadang2 aku ni terlebih gedik buat keje lupa budak kat dalam ni ok ke tak. Nasib baik hubby selalu ingatkan supaya berpada2. Sorry ye baby..ummi excited sangat nak buat persiapan baby. Ummi cuba nak bagi semuanya complete dan sempurna untuk baby...InsyaAllah...Ummi n ayah dah lama tunggu baby...

Live To Discover..

No comments: