Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Monday, March 28, 2011

30 weeks++....Alhamdulillah....

Baru lepas balik check up..bestnya..Alhamdulillah segalanya ok. Cuma berat je bertambah terlebih sikit. Nak buat macam mana, selera menggebu sungguh.

Setakat ni BP ok..HB ok..urin pun ok..dah melepasi 28 weeks rasa macam tak percaya je..sebab sejarah pre-eklampsia dulu jadi masa 28 weeks..so nak sampai dan melepasi 28 weeks tu rasa berdebar2 sangat...lepas solat tu memang sentiasa doa dijauhkan segala komplikasi..bila dah lepas rasa lega...

Baby skang dah 1.6kg++..memang lebih berat daripada arwah Abang Long nya dulu yang hanya 1kg je pada 28 weeks. Sian Syakirin...BP aku yang tinggi effect kat pertumbuhan dia...aku harap kali ni semua ok dan selamat.

Tetiba jadi macam berdebar2 lak dah masuk 30 weeks ni. Hubby pun sama. Sebab dah semakin dekat dengan due kot. Dari segi persiapan rasanya ok dah. Cuma barang2 yang remeh temeh je tak beli lagi. Beli kemudian2 pun boleh kot..ikut keperluan..Yang betul2 penting cuma barang aku (set berpantang) dan keperluan untuk breastfeed nanti. Lepas ni tinggal nak isi barang2 dalam beg nak pegi hospital je.

Alhamdulillah...Allah memudahkan segalanya...sekarang ni aku dah ada driver. Hubby ditransfer tempat keje yang lebih dekat dengan aku. So kami naik satu kete je. Jimat minyak. Cuma kena keluar rumah awal sikit je dari biasa. Lagipun sejak akhir2 ni kaki aku selalu jadi cramp time bangun pagi. Memang jenuh kalau nak drive sendiri walaupun kete auto je.

Live To Discover..

No comments: