Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, July 13, 2010

Makanan Orang Sakit??

Salam,

Hari tu aku mc 3 hari lepas jatuh moto..tiada sebarang kelukaan..tapi kepala ku terhentak dan sedikit bengkak..pakai helmet pun sakit gile jatuh..macam tak pakai helmet je..bayangkan kalau tak pakai...emmm..

Dalam sakit2 tu sempat gak aku masak breakfast kat umah. Ala western gitu. Roti bakar, sosej n telur goreng dan baked bean. Syok pulak rasanya makan macam ni. Walaupun kenyang giler, tapi tak macam kenyang makan nasi lemak yang akhirnya melayukan mata kita..hihi..nanti nak buat lagi lah..


Cubalah.

Live To Discover..

Manis giler!!

Salam,

Hari tu aku makan donut cap big apple ni...macam manis giler..rasanya dulu2 makan ok jek..sian mak..dia diabetes..tak berselera dia nak makan manis2 ni..aku ni pun tahap geli tekak..lastly laki aku yang habiskan..as usual..hihi



Live To Discover..

Sambil-Menyambil

Salam,

Ni projek menjahit baju raya untuk mak. Ada 2 helai..tapi kaler dah dekat sama je. Ini kain yang dah dijahit tepi di kedai. Tunggula hasilnya setelah dicantum..hihi..macam bagus plak..





Live To Discover..

Pakcik datang umah

Salam,

Kadang-kadang orang datang rumah best jugak ye..especially kalau yang bagitau awal2 dan kita sempat bersedia..hihi..maklumla..nak kata career woman takla jugak..kerani biase2 je..tapi oleh kerana berstatus isteri bekerja ni, paham2 jelah keadaan rumah macam mana kan?

Pakcik Khair sekeluarga datang dan tido satu malam di rumah aku. Dia sekeluarga nak pergi bercuti ke Langkawi esok paginya. Jadi bertanggaklah mereka satu malam kat rumah aku.

Malam tu pakcik ajak kuar makan2. Dah lama tak belanja mak (kakak dia) makan katanya. Kebetulan mak ada kat rumah aku. Aku pun pening taktau nak bawak pegi mana. Jitra ni malam2 bukan happening macam kat KL nun...so aku bawak pegi makan sup utara je lah...makanan popular kat sini..ada jugak terpikir nak bawak gi makan char kuey teow..tp diorang lebih excited dengan sup..hihi..






Thanks pakcik sebab sudi singgah dan tidur di rumah kecil kami...dan juga belanja makan..hihi..ada ke patot tetamu yang belanja?ishk3..

Live To Discover..

Thursday, June 17, 2010

Nearly 1 year

Salam,

Masyaallah...dah dekat setahun aku tinggalkan blog ni...nak kata aktif kat fb pun tak jugak...blog manik pun suam2 kuku je...kesimpulannya aku ni bukan jenis yang pandai meluahkan pandapat dan perasaan...kat blog ni cume bleh share picca je la..itupun kalau rajin..

Sori kepada sesiap yang membaca, saya akan cuba memperbaiki diri dan blog ini...

Live To Discover..

Thursday, October 29, 2009

Bencinya barang hilang

Salam,

Ni yang aku tension kalau barang hilang....dahla mahal...takla mahal sangat..tp bagi aku mahalla kalau rm60-70...huuuu...aku cakap pasal charger bateri AA Energizer yang aku beli untuk kegunaan kamera aku tu...eeee geram betoi...takkan tercicir kat Langkawi...tp tu la last aku guna masa bercuti dulu...cadangnya beli charger bolehla untung tak payah beli bateri...ni dia lak hilang..bergandala rugi...warghhh...!!!

Live To Discover..

Tuesday, October 20, 2009

Siannya blog aku nih!!

Salam,

Hai lamanya aku abaikan blog ni..dah dok rumah pun macam tak sempat plak nak bukak pc. Bukan apa, aku kalau boleh nak meminimakan penggunaan letrik kat rumah ni..berjimat..maklumlah dah tak keje, takmaula jadi pengabih bogheh je kan?

Lepas raya hari tu aku just update blog manik aku je...bisnes kena jaga beb...tu pun ada bbrp customer yang contact aku tru emel yang aku tak sedar...nasib baik adik aku rajin tolong tgk2kan..hihi..

Tambahan skang ni ade pulak Facebook...tapi FB ni mcm meriah sikit dari Friendster...so layan fb pulak...nak upload gamba lagi...mmg tak terlayan mcm2 aktiviti kat Internet ni..

So mana yang ada je lah ye...

Live To Discover..