Salam semua,
Hari ni hari last aku berstatus employee. Esok lak aku berstatus majikan..wakakak perasannyer aku ni. Tapi betul apa, aku akan jadi majikan di kompeni kepunyaan aku sendiri, MANIKMANIKRUBY ENT..hihihi...dan pekerja aku ada sorang jek, my hubby yang selalu jadi driver@peneman aku beli manik..kuikuikui..
Rupanya dah dekat 3 tahun aku keje kat kompeni ni (nama dirahsiakan sebab dah nak bangkrup, wakakak). Rasa macam stil staf baru jek..hihi. Dengan rasa takdehatinakkeje ini, aku lalui jugak tempoh notis sebulan, dan akhirnya tiba jugak hari ni. Yahoooo... (wei tak sedo ke awak tu akan jd pengganggur??)
So petang ni aku akan terus balik Perak lepas keje untuk majlis perkahwinan adik aku yang akan bernikah esok. Kenduri lak Ahad. Mulanya aku cadang nak mintak kuar awal. Tapi member ofis buat farewell party lak untuk aku petang ni. Aisehhh...bukan niat nak sombong, tapi aku amat2 perlu balik awal ke Perak sebab mak2 and pak2 sedara aku dah bising kakak pengantin satu mende pun tak tolong. Ampun banyak2 pada mak2 and pak2 sedara aku. Bukan aku sengaja.
Lagipun sejak ekonomi kompeni ni menggelodak, aku rasa memang tak sesuai buat party2 ni. Menyusahkan orang lak nanti. Kot2 ada yang tak ikhlas sebab selalunya kalau buat party2 ni diorang akan kutip contribution dr staf2. Ampun dipinta pada yang tak senang hati, bukan pintaku...
Lepas kenduri adik aku nih, aku terus balik Kedah untuk memulakan hidup baru..cheewah. Mungkin bulan pertama aku akan rilex2 dulu dari mencari kerja sambil mengemas rumah baru. Tempahan manik pun ada 3 helai baju untuk disiapkan. Aku harap sangat2 bisnes manik aku dapat berkembang kat sana. So dapatla aku keje kat rumah je..hihi (nak keje sonang je ekau ek?). Dan kalau ada rezeki, aku bercadang untuk cuba mengandung sekali lagi lepas dapatkan second opinion dari pakar. Inila harapan aku yang paling besar sebenarnya untuk balik ke Kedah. I need new environment for this dream. Tu sebabnya aku sanggup let go keje aku ni dengan gumbira dan relanya..
Emmm dah melalut ni. Emosi lak tulis entry kali ni..hihi. Tak saba nak balik kampung. Dengar2 dah meriah kat kampung nun. Semalam kenduri menggantung (aktiviti ala2 hias rumah n pasang pelamin + baca doa). Pagi ni pulak adik aku cakap ada majlis baca Yassin dan doa selamat. Sedih rasanya tak dapat bersama diorang. Sian kat adik aku yang terpaksa buat macam2 benda walaupun nak jadi pengantin. Hope dia kuat dan dapat harungi semuanya. Chaiyok adik! Jangan lupa minum Pearl Kacip Fatimah..hihi..
Oklah, cukupla aku meluahkan perasaan. Petang ni aku akan memulangkan laptop milik kompeni yang dipinjamkan sejak setahun lepas. Walaupun kelajuannya tak laju langsung dan kadangkala tahap menyusahkan, aku amat berterima kasih pada kompeni sebab dengan laptop inilah terwujudnya blog ini dan blog manikku.
Aku akan bersiaran lagi dari Kedah menggunakan laptop suamiku atau PC kami (alaa bosanla guna PC..hihi)...
Laptopku selama ini yang dipinjamkan.
Tatkala menulis entry ini....
Sekian, bye-bye.
Live To Discover..
1 comment:
sedih tak ruby nak tinggalkan keja sekarang? Best ye ada party..Sedih lah baca entry last keja ni..Good luck ruby..Rezeki ada di mana-mana..
Post a Comment