Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Friday, May 29, 2009

My Last Day at Work

Salam semua,

Hari ni hari last aku berstatus employee. Esok lak aku berstatus majikan..wakakak perasannyer aku ni. Tapi betul apa, aku akan jadi majikan di kompeni kepunyaan aku sendiri, MANIKMANIKRUBY ENT..hihihi...dan pekerja aku ada sorang jek, my hubby yang selalu jadi driver@peneman aku beli manik..kuikuikui..

Rupanya dah dekat 3 tahun aku keje kat kompeni ni (nama dirahsiakan sebab dah nak bangkrup, wakakak). Rasa macam stil staf baru jek..hihi. Dengan rasa takdehatinakkeje ini, aku lalui jugak tempoh notis sebulan, dan akhirnya tiba jugak hari ni. Yahoooo... (wei tak sedo ke awak tu akan jd pengganggur??)
So petang ni aku akan terus balik Perak lepas keje untuk majlis perkahwinan adik aku yang akan bernikah esok. Kenduri lak Ahad. Mulanya aku cadang nak mintak kuar awal. Tapi member ofis buat farewell party lak untuk aku petang ni. Aisehhh...bukan niat nak sombong, tapi aku amat2 perlu balik awal ke Perak sebab mak2 and pak2 sedara aku dah bising kakak pengantin satu mende pun tak tolong. Ampun banyak2 pada mak2 and pak2 sedara aku. Bukan aku sengaja.

Lagipun sejak ekonomi kompeni ni menggelodak, aku rasa memang tak sesuai buat party2 ni. Menyusahkan orang lak nanti. Kot2 ada yang tak ikhlas sebab selalunya kalau buat party2 ni diorang akan kutip contribution dr staf2. Ampun dipinta pada yang tak senang hati, bukan pintaku...

Lepas kenduri adik aku nih, aku terus balik Kedah untuk memulakan hidup baru..cheewah. Mungkin bulan pertama aku akan rilex2 dulu dari mencari kerja sambil mengemas rumah baru. Tempahan manik pun ada 3 helai baju untuk disiapkan. Aku harap sangat2 bisnes manik aku dapat berkembang kat sana. So dapatla aku keje kat rumah je..hihi (nak keje sonang je ekau ek?). Dan kalau ada rezeki, aku bercadang untuk cuba mengandung sekali lagi lepas dapatkan second opinion dari pakar. Inila harapan aku yang paling besar sebenarnya untuk balik ke Kedah. I need new environment for this dream. Tu sebabnya aku sanggup let go keje aku ni dengan gumbira dan relanya..

Emmm dah melalut ni. Emosi lak tulis entry kali ni..hihi. Tak saba nak balik kampung. Dengar2 dah meriah kat kampung nun. Semalam kenduri menggantung (aktiviti ala2 hias rumah n pasang pelamin + baca doa). Pagi ni pulak adik aku cakap ada majlis baca Yassin dan doa selamat. Sedih rasanya tak dapat bersama diorang. Sian kat adik aku yang terpaksa buat macam2 benda walaupun nak jadi pengantin. Hope dia kuat dan dapat harungi semuanya. Chaiyok adik! Jangan lupa minum Pearl Kacip Fatimah..hihi..

Oklah, cukupla aku meluahkan perasaan. Petang ni aku akan memulangkan laptop milik kompeni yang dipinjamkan sejak setahun lepas. Walaupun kelajuannya tak laju langsung dan kadangkala tahap menyusahkan, aku amat berterima kasih pada kompeni sebab dengan laptop inilah terwujudnya blog ini dan blog manikku.

Aku akan bersiaran lagi dari Kedah menggunakan laptop suamiku atau PC kami (alaa bosanla guna PC..hihi)...

Laptopku selama ini yang dipinjamkan.

Tatkala menulis entry ini....

Sekian, bye-bye.
Live To Discover..

Tuesday, May 26, 2009

Jalan-jalan at weekend

Salam,

Sebelum hantar husband aku naik bas kat Pudu pukul 4.30 Sabtu lepas, sempatla kami jalan2. Ni la antara gambar2 masa aktiviti jalan2.


My hubby dengan bagpacknyer...

Suasana di Pudu....dah lain dari dulu..


Lukman (sepupu-abang si Ati), Ati dan adik...dalam Star LRT...


Man dan my hubby masa lunch...kat Sogo...


Man dan Ati....


Aku dan adik....

Ni menu aku dan adik makan...black pepper spageti, kat kyros kebab....sedapppp....


Ni favourite my hubby...kebab with fries by kyros kebab..


My hubby....


My hubby and me...Ati ambikkan gamba kami...

Ni kat Giant Bandar Kinrara, dekat rumah adik....aku, adik and Ati....spec tu aku baru beli...mengancam tak? hihihihi....beli untuk driving....tu yang beso tu...


Kat Giant lagi...Ati, aku dan adik berposing...

Live To Discover..

My Hubby at my office

Salam,

Seperti yang aku mention kat entry lepas, my hubby came last weekend. Actually dia datang untuk uruskan hal2 tertangguh sebelum aku pindah sepenuhnya ke Kedah. So Jumaat tu keluarla kami buat segala urusan. Penat beb pindah. Pagi tu kami lepak kat ofis aku dulu.


Tetiba lak my hubby bekenan tangkap gamba dalam cermin..hihihi..

Inila rupa meja ku..strategik tau...membelakangkan tingkap...kosong je meja aku kan?maklumla nak resign...laptop tu pun kompeni punya...nanti kena pulangkan la nampaknya..huuuu..alah bukan best pun, lembap gile...


Aku yang seronok husband datang...


My hubby dengan notebooknya.....huuuu nak notebook gak bang!...

Live To Discover..

Menggedik di Fun Fair

Salam,

Alkisahnya Khamis lepas aku, adik dan Ati (sepupu) pegi Fun Fair kat perkarangan Stadium Bukit Jalil. Mulanya tak bercadang pun. Tapi oleh kerana kami takde idea nak buat apa sementara menunggu my hubby yang dijangka sampai tengah malam dan perlu diambil di Pudu, timbulla idea nak pegi Fun Fair ni.


Rasanya yang paling enjoy si Ati, banyak game dia naik. Ni masa adik dan Ati naik Euro Wheel. Ala yang macam roda tu. Besar benda ni. Confirm boleh nampak sampai KL kat atas sekali tu. Aku tak naik. So aku tunggu je kat bawah. Lama gak. Banyak pusingannya. Ngantuk aku dibuatnya nunggu diorang.

Again, Ati main Sky Rider. Fuhh berani minah ni beb. Korang tengok tu. Dia sorang je main ni. Laju tau benda ni pusing sampai kitorang kat bawah ni yang seram tengok. Mana taknya, sampai tak nampak mana dia, punyala laju. Dia lak muka selamba je. Tak gayat langsung.


Aku main ni je. SuperJet..hihi. Penakut betul aku ni. Benda ala2 jet tu boleh turun naik. Aku pilih pusing rendah je..Si Ati, again, dia tarik tuil tu sampai tinggi gila. Serammm....


Si Dara Gedik...hihi Ati dan adik..



Aku dan Ati..(aku tak gedik ok..hihihi). Lepas main kami terus ke KL arah Pudu...

Live To Discover..

Tuesday, May 19, 2009

Hari Pindah

Salam,

Nak share sikit gamba2 masa barang aku naik lori balik Kedah...lori ni 3 tan kalau tak silap...sikit je barang2 aku kan?








Yang bergambar dengan aku tu adik ipar aku...diimport dari Kedah oleh suamiku untuk menolong kami...thanks An.....


Live To Discover..

Makan2 di MarryBrown

Salam semua,

Ni cite lama...masa aku balik Kedah dulu. Saja nak kecoh2 sebab MarryBrown kat Shahab Perdana ni unik skt. Kerusi dia buaian. Ada gakla kerusi biasa. Tapi sajala gedik2 nak dok kerusi buai ni..hihi..

Actually dah lama gila tak makan kat MarryBrown. Aku makan kat UUM 6 tahun lepas...haaaa..lama tak? Lepas tu tak makan dah. Agaknya kat Kedah je tekak aku ni teringin nak makan MarryBrown..hihi..

Oleh kerana time tu dah tengahari, kitorang makan set Nasi MarryBrown...sedap...masih sama rasa macam dulu..tengoklah kerusi tu...buaian....best je makan..hihi..






Lepas ni nak try Radix Fried Chicken lak...kat Shahab Perdana gak....

Live To Discover..

Tuesday, May 5, 2009

Aktiviti di Kampong

Salam,


Oleh kerana hari Jumaat 1 hb tu aku dah rugi sehari, hari Sabtu tula aku dan suami memulakan aktiviti.


Pagi2 tu kitorg sarapan kat luar berdua. Mertua aku dan adik2 ipar dah keluar berniaga. Awal diorg keluar, tak sedar bila kuar..hihi..Lepas makan, kitorg join mertua aku berniaga. Sajala nak tengok2 macam mana. Memang ok bisnes. Banyak gak pelanggan. Seronok tengok. Kitorg lepak kat gerai mertua aku sampai tengahari dan sampai tutup kedai.


Best gak lepak2. Sambil tu gedik tangkap gambo dan main kucing yang aku jumpa. Manja je. Cute.....




Pemandangan ni biasa je kat Kedah. Tapi sekali sekala tengok sejuk mata. Indah, damai je. Ni tengah musim menyemai. Tu semua anak pokok padi. Nanti akan dipindahkan dan disusun. Cheewah aku kan anak petani, tengok je dah tau..riaknye aku...



Petang tu barula sempat buat aktiviti utama kami. Cuci rumah. Actually rumah ni mak mertua aku punya. Dulu ada penyewa. Skang dah takde. Dari dibiarkan je baik kitorang duduk, kan?






Inilah rumah kami, gambar diambil selepas rumah dicuci. Kira okla, bersihlah gak. Janji kaki selesa nak pijak.

Live To Discover..

Rumahkah Ini???

Salam,

Inilah keadaan rumah aku sekarang. Meriah, kan? Maklumla, nak pindah. Jenuh nak berkemas. Isnin depan lori nak datang angkut barang ke Kedah. Lepas tu aku lak merempat kat umah adik aku.





Rupanya banyak gak barang2 kat umah aku ni. Masa normal nampak kosong je umah. Nak pindah ni belambak lak sampai aku taktau nak kemas macam mana. Ana fenin daa....

Live To Discover..

Kemeraku dah sihat!!

Salam,
Coret aku ni dah terbalik kut. Ni sebenarnya aktiviti aku dan adik aku malam sebelum balik kampung.
Kitorg gi IOI Mall Puchong untuk menyambut kameraku yang baru kuar 'hospital'..hihi. Actually kamera aku ni tak rosak pun. Memory card yang problem. Tak boleh nak 'write' dan 'read'. Aku mana tau, aku anto kamera je la. Sebelum ni orang Fujifilm ada call dan suruh bawak memory card ke pusat servis tu untuk cek. Rupanya sah masalah memory card.
Memory card aku tu FOC dari Fotokem sebab beli kamera ni. Menang2 lah free, dia bagi yang tak berkualiti. Tapi masa ambik kamera ni kedai tu takde stok memory card lak. Ada ke suruh datang next 2 weeks. Saja alasan tak nak bagi yang baru la tu. Tak kira, aku akan datang tuntut gak nanti...wakakakak...Sebelum tu husband aku dah beli memory card baru, 4 GB, in casela nak guna gak. Memang nak guna pon..hihi..tangkap gambo manik penting woooo...
Gi IOI wajib makan Black Pepper Noodle, menu yang adik aku kenalkan. Best wooo..pedas menyengat...nikmat giler...boleh panaskan badan sebab sejuk dalam ekon..hihi..

Yang cun atas tu adik aku, yang tembam bawah ITULAH AKU..kuikuikui..
Live To Discover..

Balik Kampong!!

Salam semua,

Kat opis takde masa nak berblog. Busy sangat jahit manik..kuikuikui..sementara takde tender apa salahnya aku jahit manikkan?at least aku tak ngulor, setia je kat opis tu.

Cuti Hari Pekerja yang lepas aku balik Kedah, jumpa suami. Actually tujuan utama balik ni sebab nak cuci rumah yang bakal kami tinggal nanti.

Ni nak cite pasal perjalanan aku balik. Aku beli tiket 1hb May, 11:00 am. Ni beli last minit. Kalau ikutkan rugila balik 1hb tu, tapi husband kata takpe, so aku ambik jela tiket ni. Janji dapat balik. Pada sangkaan aku sempatla sampai pukul 5 ke...ok lagi tuh...tapi rupa2nya sangkaan aku meleset.



Aku naik bas Trans kat Jalan Duta, Adik anto. Sampai awal sejam, dengan sabar aku menunggu pukul 11. Memang tak rasa lama sebab sempat tengok TV cite High School Musical. Layan beb. Tup2 pukul 11 tu tukang jaga 'Status Board' bas Trans tu tampal status "Maaf, Bas Belum Sampai". Whatdaheck?? Apa terjadi dengan bas ku? Bas ke tempat lain datang ontime je. Memang superbla sharpnya, tapi bila tang bas aku nak naik ni problem lak. Hampeh tul...rosak rupanya, kena tunggu bas ganti. Caittt!!!!Dahla adik aku yang ondaway sms bgtau jalan jem..huuu...punah harapanku..dahla bas lambat, jalan lak jem..kol bapela aku nak sampai...??






Lastly, kol 1 noon baru bas sampai...eeeee..gerammm..dahla bas bau semacam je. Bau ala2 hapak gitu, sabo jela laki aku cakap. So aku seperti biasa naik je bas tidola, apa lagi..hihi..kononnya kalau tido cepat sampai.

Sepanjang jalan ada gak aku terjaga. Nampakla keadaan jalan, bas slow gak sepanjang Rawang nak masuk Perak tu. Jenuh gakla. Tapi Alhamdulillah takla sampai berhenti, jalan tapi slow..akhirnya aku tertido lagi..hihi...tido jaga tido jaga akhirnya sampai Alor Setar. Tengok jam pukul 6 lebih. Wow!!hebat gak. Sure bas laju time aku tido. Aku bajet sampai malam.

Ni lah pengalaman naik bas time cuti umum. Mencabar beb.

Live To Discover..