Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Thursday, April 30, 2009

Unemployee To Be

Salam semua,

Lately entry aku takde gambo...sejak camera rosak..tapi td kedai dah call..so mlm ni blh amik...yahoooooo...boleh bawak balik Kedah esok...

Berbalik pada tajuk entry ni, hari ni, 30 hb Apr aku telah memberikan notis benti keje kat kompeni aku keje selama 2 tahun ++...1 month notice...actually tarikh surat 1hb May, tp esok kan cuti..bagi jela hari ni...bagi lambat kang macam2 hal HR ni...ade je nak cari alasan potong gaji...hope gaji aku selamat dan full untuk May ni...aaa claim bulan lepas pun jangan dilupa...tak baik tau ambik hak orang....

Kalau nak cakap pasal perasaan, aku rasa berbelah bahagi sekarang ni:

Seronok - sebab dok dengan suami...

Sedikit cuak - sebab takde keje, maknanya takde ongkos, huuuuu, lepas ni hulur tangan mintak duit kat husband jela kalau nak beli apa2..actually aku tak suka meminta2 duit macam tu, tak biasa, tapi kalau terpaksa nanti....

Perancangan aku kat Kedah nanti banyak sebenarnya...yang utama cari kerja la...tapi area sana degree tak laku...spm lagi laku..hihi..maka sia2 sajalah degree aku tu..alamak teringat PTPTN pun kena bayo...alamat naikla nama aku masuk paper..

Kalau diikutkan sifat pemalas aku ni, rasa macam nak keje kat umah je, jahit manikla, apa lagi..macam beader Fina yang dok kat Kulim. Kes dia sama macam aku. Ikut husband balik kampung sebab ditransfer. Terpaksa benti keje. Akhirnya dia keje jahit manik full time skang. Best gak kan? Tapi makan masala kalau aku nak buat macam tu gak. Aku ni pendatang je kat sana. Kena usaha kerasla cari customer.

Mak mertua aku berniaga skang ni. Jual baju ready made dan T-shirt muslimah. Rancak gak perniagaan dia dengar2nya..tapi takkan aku tetiba nak nyibuk join dia berniaga sedangkan ada 2 lagi adik ipar aku dok tolong dia skang. Kang lagi ramai orang jual dari pembeli lak kat kedai tu.

Lagi satu perancangan aku nak perbesarkan network eCosway aku kat sana. Dengar2 kat utara masih slow eCosway ni. Aku adala apply untuk jadi stokis. Tapi ntah bila la diorang nak panggil interview sebab network aku ni macam tak jalan je. Baru sorang je orang bawah aku iaitu adik aku..haha..actually aku memang tak reti persuade orang. Di'persuade' taula..hihi..aku ni memang cepat terpengaruh orangnya. Dari dulu lagi, kalau orang cakap pasal MLM aku dan husband akan tarik muka dan akan serender siap2 sebab MLM ni sure kena cari orang bawah, dan di situlah kelemahan utama kami. Tapi eCosway ni, aku join gak sebab dia lagi menarik dari MLM lain, walaupun kena cari orang bawah gak. Barang2 dia pun memang aku suka dan pakai selama ni. So kalau takde network pun, aku still beli barang2 dia dan dapatla bonus ciput2. Tapi aku berazam nak gak luaskan network aku, sian kat adik aku takde orang lagi bawah dia. Akan ku cari dan letak nama orang baru bawah nama dia. Dan aku berazam akan jadi up-liner yang adil dan saksama kepada down-liner2 bawah aku. Dan yang penting, pegang pada janji. Takla sesetengah orang tu tau tarik orang masuk je, lepas tu biar terkontang-kanting. Tak baik tau..

Emmm lagi sebulan aku akan bergelar penganggur..huaaa. Aku harap rezeki aku di Kedah nun adala. Bolehla aku tolong menaikkan ekonomi rumahtanggaku. Aku tau dan sedar, bukan senang nak mulakan semuanya semula nanti. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha. Amin....

Adios semua..

Live To Discover..

3 comments:

lieza said...

sabar ruby..rezeki ada di mana-mana..jangan risau kedah pun ada juga rezekinya..good luck..

Ruby said...

adik >> menusuk kalbu ke?part yg mana?hihi

Ruby said...

liza >> nanti aku balik Kedah bolehla kita slalu jupe ek?ko bila nk tlg carikan keje untuk aku?huuuuuuuuuu