Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Thursday, April 30, 2009

Unemployee To Be

Salam semua,

Lately entry aku takde gambo...sejak camera rosak..tapi td kedai dah call..so mlm ni blh amik...yahoooooo...boleh bawak balik Kedah esok...

Berbalik pada tajuk entry ni, hari ni, 30 hb Apr aku telah memberikan notis benti keje kat kompeni aku keje selama 2 tahun ++...1 month notice...actually tarikh surat 1hb May, tp esok kan cuti..bagi jela hari ni...bagi lambat kang macam2 hal HR ni...ade je nak cari alasan potong gaji...hope gaji aku selamat dan full untuk May ni...aaa claim bulan lepas pun jangan dilupa...tak baik tau ambik hak orang....

Kalau nak cakap pasal perasaan, aku rasa berbelah bahagi sekarang ni:

Seronok - sebab dok dengan suami...

Sedikit cuak - sebab takde keje, maknanya takde ongkos, huuuuu, lepas ni hulur tangan mintak duit kat husband jela kalau nak beli apa2..actually aku tak suka meminta2 duit macam tu, tak biasa, tapi kalau terpaksa nanti....

Perancangan aku kat Kedah nanti banyak sebenarnya...yang utama cari kerja la...tapi area sana degree tak laku...spm lagi laku..hihi..maka sia2 sajalah degree aku tu..alamak teringat PTPTN pun kena bayo...alamat naikla nama aku masuk paper..

Kalau diikutkan sifat pemalas aku ni, rasa macam nak keje kat umah je, jahit manikla, apa lagi..macam beader Fina yang dok kat Kulim. Kes dia sama macam aku. Ikut husband balik kampung sebab ditransfer. Terpaksa benti keje. Akhirnya dia keje jahit manik full time skang. Best gak kan? Tapi makan masala kalau aku nak buat macam tu gak. Aku ni pendatang je kat sana. Kena usaha kerasla cari customer.

Mak mertua aku berniaga skang ni. Jual baju ready made dan T-shirt muslimah. Rancak gak perniagaan dia dengar2nya..tapi takkan aku tetiba nak nyibuk join dia berniaga sedangkan ada 2 lagi adik ipar aku dok tolong dia skang. Kang lagi ramai orang jual dari pembeli lak kat kedai tu.

Lagi satu perancangan aku nak perbesarkan network eCosway aku kat sana. Dengar2 kat utara masih slow eCosway ni. Aku adala apply untuk jadi stokis. Tapi ntah bila la diorang nak panggil interview sebab network aku ni macam tak jalan je. Baru sorang je orang bawah aku iaitu adik aku..haha..actually aku memang tak reti persuade orang. Di'persuade' taula..hihi..aku ni memang cepat terpengaruh orangnya. Dari dulu lagi, kalau orang cakap pasal MLM aku dan husband akan tarik muka dan akan serender siap2 sebab MLM ni sure kena cari orang bawah, dan di situlah kelemahan utama kami. Tapi eCosway ni, aku join gak sebab dia lagi menarik dari MLM lain, walaupun kena cari orang bawah gak. Barang2 dia pun memang aku suka dan pakai selama ni. So kalau takde network pun, aku still beli barang2 dia dan dapatla bonus ciput2. Tapi aku berazam nak gak luaskan network aku, sian kat adik aku takde orang lagi bawah dia. Akan ku cari dan letak nama orang baru bawah nama dia. Dan aku berazam akan jadi up-liner yang adil dan saksama kepada down-liner2 bawah aku. Dan yang penting, pegang pada janji. Takla sesetengah orang tu tau tarik orang masuk je, lepas tu biar terkontang-kanting. Tak baik tau..

Emmm lagi sebulan aku akan bergelar penganggur..huaaa. Aku harap rezeki aku di Kedah nun adala. Bolehla aku tolong menaikkan ekonomi rumahtanggaku. Aku tau dan sedar, bukan senang nak mulakan semuanya semula nanti. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus berusaha. Amin....

Adios semua..

Live To Discover..

Thursday, April 23, 2009

Tere kah Aku??

Salam semua,

Jawapannya...memang tere + terrorist..wakakakak

Kenapa aku cakap aku tere?sebab aku diberi tugas untuk menyiapkan 2 tender yang perlu disubmit pada hari yang sama, yakni hari ni...dan pada masa entry ni ditulis, aku baru melepasi tahap busy peringkat gaban.

Kenapa agaknya superior aku bagi aku buat 2 tender pada hari yang sama ek?adakah sebab pada pandangan dia aku mampu handle?ooooohh tak mungkin...atau adakah sebab dia rasa tender ni memang akan kalah dan tak kisah aku yang tak berapa tere ni yang buat??emmm maybe kot....hihi..

Oleh kerana aku akan r****n tak lama lagi, so aku tak kisah pon. Bagila aku keje banyak mana pun. Kalah pun peduli apa aku.

Live To Discover..

Thursday, April 16, 2009

Musim Tender

Salam semua,

Sejak minggu lepas aku bertungkus lumus buat tender sambil jahit manik. Time byk tempahan la tender banyak kuar. Tapi nk buat macam mana, buat tender adalah pekerjaan utamaku. Kompeni bagi gaji, so kenala buat keje.

Minggu lepas aku buat tender UTM. Susah giler. Aku tak layak buat actually. Tp superior aku bagi gak. Nasibla....blasah je la. Dahla supplier reply lambat gile. Kelam kabut aku dibuatnya. Ahad aku stay back kat opis sebab closing isnin lepas. Pening lalat aku menyudahkan benda yang satu haram pun aku tak paham.

Cuba korang bayangkan, aku ni setakat PC, notebook atau printer tu familiar lagila technical spec nya. Ni tahap gaban. Tajuknya pun aku dah tak paham, TENDER FOR THE SUPPLY, DELIVER, INSTALLATON, TESTING AND COMMISIONING OF VIRTUALIZATION AND DATA RECOVERY CENTRE FOR UTM, SKUDAI. Anda paham?hihi..jangan tanya aku balik sudah...aku rasa tender ni kalah kot..haha..padan muka.

Lepas siap tender dibalut pada pukul 8.00 am isnin, aku balikla cover tido. Akibat tak tido malam tu, aku dilanda masuk angin. Taktaula celah bedah mana angin masuk, sakit gile perut ku. Maybe sebab malam stay back tu dinner lambat. Tukang blanja lepak2 lak kat kedai. banyak canteek dia melantak sedap2. Kami kat ofis ni kelaparan. Malam isnin tu aku terpaksa pegi klinik dibawa oleh adikku sebab tak larat drive, dapatla ubat angin.

Minggu ni buat tender untuk UMK lak. Nasib baik kali ni tahap kesukarannya sesuai dengan level pengetahuan aku. Closing Ahad ni sebab kelantan kan keje ahad. Hope aku dapat siapkan by tomorrow (jum) supaya aku tak payah keje sabtu...huuuu...give me a break!!manik lagi nak jahit...semoga murah rezeki ku....

Oklah nak buat tender...

Live To Discover..

Wednesday, April 8, 2009

New Card Reader

Salam semua,
Isnin lepas aku pegi IOI dengan adik untuk bayar yuran Fitness First husband aku. Eeeee tensionla ingat FF tu. Kejam betul. Baya free2 je, tapi tak dapat pegi.

Jalan2 tingatla pulak kamera aku yang rosak tu. Gamba dalam memory card tu banyak tak download lagi. Dengan pantas cari card reader. Akhirnya aku beli card reader ni. Murah je RM29.90 kalau tak silap. Cap taktau. Takde duit nak beli yang branded. Janji boleh baca memory card tu. Cute tak card reader aku ni?






Macam2 jenis memory card boleh guna..

Live To Discover..

Tuesday, April 7, 2009

Menu favourite abang

Salam semua,

Sebelum husband aku berangkat ke Kedah, aku pun gedikla nak masak makanan kegemaran dia. Spegeti...aku pun suka..haha..aku rasa semua orang suka.

Aku selalu guna sos prego dan guna daging cincang cap Ramli. Tapi kadang2 guna sos Kimball atau guna tomato puree je.

Spegeti my style:

-Spegeti (rebus taruk minyak sikit dan tos)

Untuk sos:

-Tumis bawang besar dan bawang putih cincang.
-Masukkan cabai blender atau cabai melaka tumbuk kalau suka pedas.(aku prefer tak bubuh, suka masam..hihi)
-Masuk daging dan goreng sampai air daging kering dan minyak naik.
-Masuk sos prego dan sikit air (bubuh air dlm tin prego dan goncang..hihi)
-Masuk cendawan butang potong2.
-Masukkan tomato cincang.
-Garam dan gula.
-Tunggu sampai masak....kuah pekat.


Inilah hasilnya...nampak menyelerakan tak? Tapi yang sedihnya tengah malam tu husband I cirit-birit. Adakah sebab masakan aku? huuuuu...

Live To Discover..

Ronda2 di Putrajaya

Salam semua,

Ni pulak aktiviti ke 3....jalan2 bagi makanan turun..kalau balik sure tido terus..

Sebelum2 ni aku dan hubby akan jalan2 kat Putrajaya ni bawak sedara-mara yang datang. Rasa macam tak kuasa je nak jalan2 kat Putrajaya yang bosan giler bila malam. Memangla bangunan2nya dipenuhi neon nan indah, tapi setakat neon jela...orang tarak..seram pun ada..Tapi sekarang oleh kerana taktau nak jalan dan nak abiskan masa...terpaksala jugak datang sini..hihi..layannn....




Gedik tak kami?...hihi..set kamera guna timer. Tu yang senget tu. Husband pun tak sempat merelakskan diri. Blur je gambo dia, aku je maintain..haha..

Yang bawah tu Perbadanan Putrajaya. Gah giler. Tapi siang2 nampak bosan je sebab takde lampu2 tu.

Oklah sekian cerita aku yang 3 serangkai ni...bosan lak tengok aku pakai baju tu je...

Live To Discover..

Makan satay Kajang

Salam semua,

Ni aktiviti ke 2 kami malam tu..hihi...sudah semestinya.....makan!!!

Dah lama tak makan satay kajang samuri ni. Lagipun saja nak jalan jauh sikit. Nak together2la katakan..hihi..poyo..

Pekan Kajang ni memang asyik crowded dari dulu masa aku dok sini keje kat Tesco Kajang. Satay Samuri ni pulak betul2 kat centre pekan Kajang tu. Kebetulan pulak ada pasar malam. Sesak gile. Tapi dapat gak parking akhirnya.



Dari pengalaman lepas, satay kat sini cepat mengenyangkan. So kami order 10 ayam dan 5 daging. Ni pun dah mengah2 nak abiskan. Muak pun ada. Tapi kuahnya memang takde tandingan dari mana2 kedai. Best bangat.

Gamba tengah makan tak dapat diupload kerana terlalu palahap rupaku..hihi..

Live To Discover..

Monday, April 6, 2009

Ke kedai manik

Salam semua,

Bagi yang dah tau, suamiku dah ditransfer ke Kedah. Last week dia dah balik. So ni nak cite kisah minggu lepasla...jalan2 dengan hubby sebelum dia balik Kedah. Meronggeng sakan macam orang baru bercinta..maklumla nanti lama tak jumpa. Sedihnya..huuuuuuuuuu..

Ni kisah pertama dari 3 kisah dalam satu malam..

Mula2 hubby bawak aku ke tempat favourite aku, kedai manik..haha. Saja cari bahan untuk baju2ku yang dah siap tu. Aku pegi kedai manik kat Bangi, kedai yang disyorkan oleh kak izan heartbeads.

Ni lah kedainya...best kedai ni. macam2 ada...kira heaven la gak bagi peminat manik. murah gak. berbaloi untuk bisnes.

Ni aku yang berposing depan kedai..tak malu sungguh kan?

Aku yang tengah pilih manik. tak sedo bila hubby snap gamba. kalau datang kedai manik memang sure lama punya. mana hubby tak bosan nunggu. tu yang ambik gambo je kejenya. thanks abang for being such an understanding husband dengan pe'el ayangmu ini..hihi..

Ok, to be cont to kisah ke 2.
Live To Discover..

Ape ke bendanya ni?

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak mengepos bertubi2..hihi..dah lama aku teringin nak buat needle cushion ni. Tengok kat fp Fizan store macam senang je buat. So aku pelan2 menyediakan bahan2 untuk buat cushion ni. Dan setelah ada semua bahan aku pun pandai2 je buat..haha..tak jadi sangat. Tapi at least boleh gak guna untuk kegunaan sendiri.

Amacam? buruk tak? kihkihkih. Jangan tanya macam mana aku buat.



Live To Discover..

Baju hasil jahit sendiri....

Salam semua,

Siannya blog aku ni..macam takde tuan je. Actually banyak yang berlaku dan banyak jugak gamba yang dah ditangkap. Tapi camera lak masuk workshop, yang baru beli tu. Dan skang ni baru beli card reader untuk baca SD card aku ni. So hari ni banyakla yang akan ku upload.

Kisah pertama..hihi..pasal penyudah kelas menjahit baju kurung aku tu..kira dah tamatla lesson jahit sepasang baju kurung sampai siap. Itupun asyik bertangguh je.

Jadi aku pun nakla menunjuk2 baju yang aku jahit tu...cikgu kata OK. Taktaula ikhlas ke tak..hihi. tapi aku puas hati gakla. Akan ku practicekan banyak2 kali sampai master.

Ni dia bajunye...aku saja beli kain kosong supaya ada can nak dimanikkan grand skit. Tapi tak grand pon..haha..



Atas: Ni kain, cikgu aku ajar buat kain dulu, style dia la kot. Pada aku tang pinggang paling mencabar. Jenuh tarik getah tu. Abaikan background ye..


Atas: Ni baju, nampak sangat aku jahit tak kemas kan? susah beb jahit baju kurung.

Atas: Ni pulak baju yang aku potong kainnya pada post yang lepas2. Baju untuk kenduri kawin adik nanti. Lepas habis kelas jahit, terus aku praktis jahit baju ni. Bagi cepat pandai dan ingat...amacam? ok tak aku jahit?

Live To Discover..