Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Wednesday, December 22, 2010

Tersilap paham

Sebelum ni doc ada cakap pasal kena cek gula dalam darah buat kali kedua...aku ingatkan kena minum gula gak...rupanya tak...dia amik darah je hujung jari...tapi penat sikitla...kena amik 4 kali sehari..

Result lepas minum gula 1st time dulu tinggi sikit gula dalam darah aku. So buku merah aku ditampal sticker kuning menandakan suspected diabetes pregnancy...huuu...sedihnya...aku dah minum bergelen2 air kosong dan memang boleh dikatakan sekali sari je aku minum air manis...kadang2 penah tak minum air manis...minum air kosong je seharian..tapi dia nak jadi gak nak buat macam mana...

Minggu depan aku kena buat test darah tu. Oleh kerana dia amik 4 kali sehari so aku kena cutila. Segan lak nak masuk lambat slalu sangat. Hope kali ni result ok. Nurse ada bagi menu untuk blood test tu. Memang menyedihkan giler menunya...tapi akanku amalkan jua for the sake of my baby...baby, ummi mintak maaf...ummi dah control gula sebaik mungkin, tapi dia jadi gak...ummi harap sangat2 baby sihat....

Live To Discover..

Sunday, December 19, 2010

Bila suamiku meneka-neka

Pregnant kali ni en hubby macam excited dengan baby girl lak aku nampak. Maybe sebab terpengaruh dengan doc homeopati, sebab awal2 pregnant dulu darah aku mcm rendah...90++/60++ je bp. Doc tu cakap kalau maintain mcm tu bp nyer maybe baby girl.

Menurut doc tu lagi, kalau pregnant baby girl, badan ibu berasid, tu yang lemah longlai n penat semacam. Kalau nak dibandingkan dengan pregnant lepas (boy), memang kali ni lain. Dulu macam bertenaga je, takdela semput dada macam baru lepas lari pecut. Tapi nak kata baby girl...ada jugak simptom2 yang sama macam dulu...emmm ntahla...aku terima apa jua gender anak ku...janji sihat..

Setakat ni en hubby dah bagi 2 nama baby girl dan tanya pendapat aku ok tak...nama yg cute2 lak tu...pada aku ok je la...aku memang tak pandai cari nama...nama arwah anak yang dulu pun dia yang carikan...so aku pun heranla apsal nama baby girl je...dia ni macam confirm dpt baby girl. Sume angan2 dia pasal baby mesti melibatkan baby girl.

Contohnya...dia suruh aku blaja jahit skirt budak la...dress budakla..jubahla..emmm sebenarnya aku memang tengah excited nak blaja jahit baju budak...of kos le baju girl...baju boy susah woo nak buat...confirm kena beli je...so bila en hubby suruh blaja jahit baju2 camtu...aku pun terexcited sama..hihi....

Orang kata jangan terover excited...nanti kalau tak dapat apa yang diidamkan kecewa plak. So buat taktau jela...lalalalala....

Live To Discover..

Thursday, December 16, 2010

Nyesal beli buku

Akhir2 ni aku suka sangat tengok blog2 orang yang buat kraftangan. Buat baju kanak2, beg, kait mengait dan macam2 lagi lah. Sume aku tingin nak buat. Tapi husband tak bagi...dia suruh habiskan jahit manik baju customer dulu...huuuuuu...memang dah lama sangat aku peram baju tu..cuma sejak pregnant aku macam dah boring lak jahit manik...nak jahit guna mesin jahit plak..hihi..

Tapi minggu lepas aku berjaya gak buat tote beg sendiri (gambar akan diupload kemudian). Pujuk husband dengan alasan boleh save duit dr beli handbeg baru..handbeg lama dh koyak..hihi..aku berjaya jahit beg tu dalam kurang 3 jam.

Alkisahnya, aku tengok kat internet tutorial2 jahit beg ni. Memang tgk hari2 tahap hafal step dah. Tu yang cepat je jahit.

Cakap pasal nyesal beli buku tu...minggu lepas pegi Popular aku jumpa buku cara2 buat beg kain. Excited gilerla trus beli. Tapi ada plastik so tak boleh nak curi2 tgk. Lepas baya je trus bukak. Dengan hampanya, aku TAK PUAS hati dengan kandungan buku tu. Gambar tak jelas. Arahan pun tak jelas. Tahapa2. Macam tak ikhlas je nak ngajo orang. Kalau malas buat buku, tak payahla buat. Buat rugi orang je beli buku ko (nanti aku upload gamba buku tu).

Aku rasa tutorial kat internet lagi bagus. Free lak tu. Pemilik blog lebih ikhlas masa sampaikan maklumat. Gambar clear. Step pun clear. Memang paham bangatla. Puas hati la orang kata. Patutnya buku yang kena bayo tu la yang da best. Ni yang free lak lg ok. Nampak sangat buat buku untuk duit semata2. Bukan nak berkongsi ilmu. Penulis macam ni yang aku mencik!!!!

Tapi ada yang writer yang ok. Macam Rosita Jaafar, buku tentang manik. Memang berbaloi aku rasa beli buku tu. Smpai sekarang aku guna atau tengok2 sbg rujukan.

Lepas ni aku akan lebih berhati2 beli buku. Kalau boleh cari kat internet dulu. Kalau takde baru beli buku. Husband slalu galakkan aku beli buku apa2pun. Dia kata tambah ilmu. Tapi kalau macam ni gayanya...ntah bila la nak beli buku lagi...jangan ingat orang yang tak beli buku tak minat membaca...cari maklumat kat internet lagi bagus...free lak tu..

Live To Discover..

Tuesday, December 14, 2010

Suspected???!

Baru lepas balik check up dengan pakar. Berat naik 1 kg. Bp ok. Baby pun membesar dengan baik. Cuma satu je yang tak best. Result minum glukos bulan lepas...tinggi sikit kandungan gulanya. Doc kata, max sepatutnya 7.8...tapi result aku 8.2. Aisehh....adakah aku menghidap diabetes??

Dan yang paling membencikan...lepas ni aku kena buat test gula lagi. Kali ni 4 kali minum sehari plak. What???!!! Minum sekali pun dah pening lalat. Rasa nak muntah. Ni nak minum 4 kali. Mampusla aku kalau macam ni.

Aku taula test tu utk challenge badan, tapi nape tak bagi ubat je. Nape nk bagi gula gak????confirmla tinggi gula aku. Macam tak logik je penyelesaian diorang ni. Serba salah aku. Rasa tak mau pegi test, boleh tak? Tapi kalau jadi apa2 nanti menyesal tak sudah pulak.

Setiap kali doa lepas solat, aku doa sangat2 supaya kali ni takde sebarang komplikasi. Tapi nampaknya ada jugak...kena doa lebih lagi ni. Aku dah cuba meng'cool'kan diri. Tapi result2 macam ni buat aku susah nak cool dah. Surela risau. Harap2 baby ok sampaila bersalin nanti.

Anak ummi dah 15++ weeks ye. Tapi macam lambat beno rasanya nak tunggu 36 weeks. Aku insyaallah kena bersalin pada 36 weeks sebab aku penah Caesar sebelum ni. Hope kali ni dapat bersalin normal dan selamat.

Emm kat mana nak dapatkan 2nd opinion pasal minum gula ni ek?

Live To Discover..

Monday, December 13, 2010

Aku Dah Kembali Normal

Minggu ni baru masuk 2nd trimester. So mengikut artikel2 yang aku baca, preggy women akan kembali normal spt sediakala sblm mengandung.

Pada aku memang tepatla. Keletihan yang melampau dah kurang, kalau sblm ni lepas maghrib sure penat tahap lari pecut and then trus tertido...selera dah ok sikit...emmm itu jelah kot yang obvious...tapi rasa loya still datang kadang2...cuma boleh tahanla...

Sekarang ni aku ternanti2 baby's kick...rasa macam ada sikit2...tapi x sure angin atau memang dia..sbb lembut sangat kicknya...bilala baby ummi ni nak kick2 ye...mesti comel...bulan lepas masa scan bukan makin akrobatik dia...ummi n ayah happy sangat tengok. Tak saba for the next scan...

Esok ada appointment dengan doktor pakar. Hope diorang scan lagi kan baby? Sebab kalau kat KK kedekut sangat nak scan. Macamla mesin tu diorang punyer.

Apa2pun, aku berdoa sangat2 supaya baby sihat sampai cukup bulan untuk bersalin nanti. No more complication. Aku tau aku ni seorang yang cepat nak tension n marah2. Tapi aku akan cuba kawal diri aku sebaiknya. Cuma harap dapat sokongan dari orang2 lain supaya tak menaikkan kemarahan aku..hihi..teruk sungguh aku ni kan?

Live To Discover..

Sunday, December 5, 2010

Weekend yang memenatkan...

Weekend lepas aku dan family husband ke KL untuk kenduri kawin spupu kami...Jaja...anak Paknjang...

Lewat kamis petang baru bertolak...sampai ke rumah bertanggak (umah kakak ipar) pukul 2 pagi kot. Jumaat pagi sempat ke MAHA di Serdang. Huh sungguh memenatkan dan panas betul cuaca. Tapi nasib baik kami pegi time orang kerja, so tak pack sangat. Antara yang menarik perhatian adalah pameran ternakan. Husband aku suka sangat tengok lembu Brahman. Beso gile. Tak penah tengok lembu beso tu...tah brapa tan sekor aku tak taula...

Petang jumaat husband tak sedap badan sebab dah drive semalaman. So kami dok rumah je berehat. Yang lain2 pegi Genting. Takla terkilan sebab tak pegi Genting sebab aku tau aku bukan boleh main apa2 pun. Setakat tengok je baik tak payah. Nanti tunggu baby kuar jalan2 dengan baby lagi best kan? Tak sabarnya...

Kenduri hari Sabtu...tengahari kami berkonvoi 2 kete ke Jalan Klang Lama. Jam le pulak kat highway...aku amat2 sian kat husband yang asyik dipaksa jadi driver...tapi nak buat macam mana..aku tak layak bersuara..akhirnya sampai kat kenduri pukul 2...time tu pengantin baru sampai...so layanla acara bersanding dan renjis2 jap.

Petang pukul 5.30 bertolak balik. Kami berdua je...yang lain2 balik ahad...singgah Jusco dulu sebelum bertolak untuk beli hadiah adik aku yang baru bersalin baby boy. Pukul 7 terus gerak ke Ipoh...pukul 9 lebih sampai. Sempatla usik2 anak sedara kejap. Mandi dan solat jamak. Pukul 11 bertolak ke Kedah.

Actually memang dah rasa penat sangat. Tapi memikirkan kena kerja dan cuti tak diambil siap2, maka gigih jugak kami balik. Aku memang dah ngantuk gile. Tapi husband macam bersemangat lagi, so aku ok jela. Ondaway dia macam dh exhaust tahap gaban. Aku lak asyik terlentok tak temankan driver langsung. Kesian sangat kat dia tapi aku pun pening lalat walaupun duduk je. Lastly kami benti kat Bukit Gantang beli buah nak segarkan mata. Dan sempat lelap jugak dalam setengah jam.

Pastu bertolak balik..husband memang dh lembik. Tapi dia kesian nak suruh aku drive. Aku tau. Tapi bila dah sampai Pendang, dia dh ngantuk tahap tepu dan akhirnya dia suruh gak aku drive. Aku memangla nampak layu. Tapi lepas dapat stereng trus cerah mata. Jalan lak clear so pecut je la dengan hati2. Akhirnya sampai rumah pukul 2 lebih...sampai je trus terkam katil...dan lena dalam sekelip mata...

Pagi ni bangun fenin2 lalat..tapi gagahkan jugak diri ni pagi keje. Jalan pulak lengang je. Jeles aku orang lain tak keje ke?ishk3...dan akhirnya aku sampai ke ofis dan terus menulis entry ini..hihi..

Itulah cerita weekend aku yang begitu memenatkan. Aku telah memendekkan cerita suka dukanya, kalo tak..boleh jadi artikel lak entry ni nanti..

Kesimpulannya walaupun dah lama tak pegi KL, aku memang tak rindu pun dengan KL. Lagi semak kepala adalaa...

Tapi mungkin keseronokan sesuatu trip itu bergantung pada ahli rombongannya...

Live To Discover..

Wednesday, December 1, 2010

Cerewetnyer Tekakku

Selama ni aku bukanla seorang yang choosy bab makan ni...semua bedal..tapi time pregnant memang lain kan?

Masa last pregnant pun cerewetla jugak, tapi tak seteruk kali ni. Dulu cuma tak lalu makan makanan luar..nak masak sendiri..nasib baik larat masak...lain dengan pregnant kali ni memang jarang dok dapo. Pegi dapo utk buat air je rasanya...boleh bilangla brapa kali masak...bukan sebab aku tak tahan dengan apa2 bau...cuma malas yang melampau..

Ada teori mengatakan kalau mengandungkan baby boy..badan kita akan beralkali...so energetik la jugak..emm..kalau ikut pengalaman lepas memang betulla..sbb aku mengandungkan baby boy..takdela rasa penat sangat or malas2. Macam biase je..

Dan kalau mengandungkan baby girl, badan kita akan berasid. Kita akan lemau, malas dan cepat penat..bp pun akan rendah je....

So adakah aku mengandungkan baby girl kali ni? macam ada ciri2 gak dengan kelemauan aku ni..waktu maghrib sure lembik n penat macam lepas bersukan..heran pun ade..

Aku nak bby ape? emmmm ntahla...aku ni jenis tak kisah sgt bab gender..asalkan dapat baby yang sihat...

Oklah dah melalut dari bab tekak ke bab lain plak..hope selera aku makin pulih supaya aku dapat makan dengan lebih pilihan...takdela yang sama je..boringla..dahla 2nd checkup berat aku turun 0.1 kg dr yg 1st..hihi..mcm tak caya berat turun..dulu time tak pregnant bukan main payah nak turun berat badan...

sekian..haha..tetiba je abis idea..

Live To Discover..