Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Thursday, February 19, 2009

New favourite video

Emm bestnyer menari...



Live To Discover..

Bola Tampar - Presint 14 vs Bomba Putrajaya (Pt. 2)

Salam semua,

Ni entry kedua pasal bola tampar Presint 14. Game kali ini pun di antara Presint 14 dan Bomba, malam semalam. Diadakan atas request pasukan Bomba yang gian tak puas main hari tu, dengan alasan nak main siang lak. Tah hape2, dah menang pun nak lawan lagi..hihi

So pukul 6 lebih game start. Sekali lagi my hubby jadi wakil. Dan sekali lagi juga aku turun memberikan sokongan. Actually hubby suruh tangkap gambo dia tengah main. Nasibla...suruh orang tangan cikai ni yang tangkap gamba...ala kadar je la hasilnya...tapi nasib baik siang...kualiti better dari game lepas.

Game ni Bomba menang lagi. Tapi pada pemerhatian aku, pasukan Presint 14 telah meng'improve' skill mereka. Ade gakla aksi spike2, blocking2 dan melayang2..hihi..especially my hubby..Abang, I'm so proud of u!

Jom layan gambo...







Live To Discover..
Posted by Picasa

Bola Tampar - Presint 14 vs Bomba Putrajaya (Pt. 1)

Hi dan salam semua,

Minggu lepas (tak ingat hari apa), satu pertandingan bola tampar di antara pemain Presint 14 dan Bomba Putrajaya telah diadakan. Dan yang nak kecoh sikit, my hubby (jersi 11 - merah) telah terpilih untuk menjadi salah seorang pemain Presint 14..chaiyok bang!..hihi..

Game ni diadakan pada sebelah malam. Maklumla...semua orang keje di siang hari. Lebih2 lagi pasukan Bomba ni, bukan senang nak cari masa. Game start kol 9 mlm (biasela...ade lebih2 sikit)

Rupa2nya pasukan Bomba ni adalah pasukan yang paling tere dalam Putrajaya ni (according to my hubby). Dan pasukan Presint 14 lak pasukan baru yang tidak sengaja dikumpulkan daripada geng2 yang bermain di court kat bawah apartment nun tiap2 malam..hihi. Tapi jangan main2, ada coach beb. So oleh kerana si tere bertemu 'budak2 baru belajar', tau2 je la resultnya. Yang membanggakan, result takla jauh gap sangat.. Official result, tak tau..haha..

Actually game ni diadakan bertujuan mencari pengalaman menghadapi Terbuka Putrajaya nanti...tak sure lak tarikhnya. Jadi, bagi pasukan baru macam Presint 14 ni, pengalaman amat diperlukan. Semoga pasukan Presint 14 ni berjaya di mana2 game kelak.

Oklah, layanla gamba2 bawah ni. Sorila, xpandai amik gambo. Lagipun khusyuk tengok diorang main sampai terlepas nak snap aksi2 yang hebat.








Live To Discover..
Posted by Picasa

Friday, February 13, 2009

13 Februari...

Salam semua,

Seperti yang aku mention semalam, hari ni merupakan satu tarikh keramat bagi aku dan suami. Hari ini genap setahun pemergian arwah anak kesayangan kami, Muhammad Nur Syakirin, yang hanya sempat melihat dunia selama 13 hari...setelah bergelut dengan pelbagai komplikasi bayi pra-matang...al Fatihah buat arwah...

Walaupun dah setahun berlalu, semuanya masih jelas apa yang berlaku genap setahun yang lepas. Dan aku sungguh tak sangka aku mampu bertahan hingga ke hari ini. Dalam Islam ada menyebut, "Allah tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya".

Yang pasti, arwah akan sentiasa berada di dalam ingatan ayah and ummi, dan tetap menjadi abang long kepada bakal adik2nya kelak, amiiinn..... Semoga Allah memakbulkan doa kami untuk mendapat zuriat dan memberikan kesihatan tubuh badan.

Live To Discover..

Thursday, February 12, 2009

Happy Birthday Mak!!

Salam semua,

Hari ni (12 Feb) harijadi mak kite. Cadang nak masak bihun sup mlm ni n 1 dizet spesel...okla tu mkn bihun malam2...menu yg sesuai untuk org yg nak diet...party, party gak...kesihatan ttp kena jaga..uhuk mcm x sesuwaiii je aku yang cakap..

Mak, keme doakan semoga mak panjang umur, murah rezeki, dan bahagia selalu..ampunkan dosa2 kami sepanjang mak dalam jagaan kami..huuuuuuuu..mesti mak rimas dengan kami yang malas...tapi adik la lagi yang mls dari keme kan kan kan..hihi jgn mare adeeek...

Emm rasa macam nak beli hadiah untuk mak, tapi xde idea nak beli apa. Ape yang sesuai ek?nantilah difikirkan balik.

Hmmm dalam bergembira di besday mak hari ni, hati aku sayu memikirkan esok (13 Feb). Tarikh keramat dalam hidup aku...takpela, esok cite.

Wassalam.

Live To Discover..

Saturday, February 7, 2009

First Sewing Class (session 1/4)

Salam semua,

Hari ni betul2 rasa macam baru masuk skolah darjah satu. Pegi skolah orang anta, balik ambik..hihi.

Aku blaja kat umah sifoo menjahit kat Presint 8, eh 8 ke 9 ek? ntahla confuse...tapi kat flat2 pink tu la (nama glemer flat tu kat Putrajaya). Yurannye RM120 utk blajo baju kurung sahaja. Mahal x? Sifoo I ni adalah wife kepada member husband aku masa dia kat SPA dulu...namanya Kak Niza. Akak ni memang tailor bertauliahla of course..

Target adalah blajo jahit baju kurung dan objektif aku menjahit ni sebab nak jahit baju sendirila, dan ambil upah dari yang sudi..huk huk. Maklumlah, kompeni nak bangkrup, potong gaji daaa..bukan aku sorang, semua staff..so kenala cari pendapatan sampingan. Manik jalan gak..hihi..

Ist class ni blajo melukis, takde mewarna tau, lukis pola baju je. Lagi...blajo ambil ukuran badan (untuk baju kurung). Dan yang paling 'best', ade matematik. Fuhhh korang jangan ingat menjahit ni senang. Susah beb nak kira formula nak bagi ukuran baju tu ngam dengan si pemakai. Sebab manusia ni ada macam2 bentuk badan. Atas besar bawah kecikla, atas kecik bawah besarla...flat atas sampai bwh la...macam2 lagila..so walaupun dah ambil ukuran, kena masukkan dalam formula gak untuk confirmkan sesuai tak dengan bentuk badan. Perghh...nampak sangat otak aku dah kematu tua2 ni...tambah tolak pun lembap..malu kat cikgu..hihi

Kesimpulannya, kelas menjahit ni memang mencabar, tu sebab minat mesti ada. Kalau tak memang tak kuasa nak layan. Ni belum pegang kain lagi. Dapat nanti kain licin dan lembut bangat, mau give up dibuatnye. Harap aku dapat bersabar dan dapat menerima ilmu ni dengan mudah dan ingat sampai bila2. Dan semoga harapanku untuk menambah pendapatan keluarga tercapai. Aminnn...

Live To Discover..

Tuesday, February 3, 2009

Bertuahnya Orang Kampungku

Salam semua,

Cuti Hari Wilayah lepas aku n hubby balik kampung, Kedah. Hubby je yang cuti. Aku keje Selangor...so apply cuti le. Ada hal sket balik kampung.

Pendek cite, kat kampung jumpela sedara mara. Nak highlight, jumpa my manik sifooo. Sepupu husband yang sekarang bergelar tukang jahit sepenuh masa. Muda dari I tau. Jeles I. Cerah masa depan. Takpela...rezeki dia.

Back to the point, masa sembang2 dengan my sifoo, terkuarla cite kat mana dia blaja jahit manik. Dia cakap dia blaja free under Kraftangan. Dia terpilih. Best tul. Nak tau sapa yang ajar?? ROZITA JAAFAR. Perghhh...best bangat2. Jeles bangat2. Teringin sangat jumpa my idola tu. Dahla free, kalau kat KL ni confirm beratus2 kalau join kelas Pn Rozita. Maklumla...selebriti manik..hihi..

So dalam terkejut tu aku terpikir, bertuah jadi orang kampung. Banyak kemudahan dan bantuan dari kerajaan. Macam2 kursus aku dengar. Dari dok kl ni semua kena bayo. Semua nak perabih duit orang. Apala yang nak dibanggakan jadi orang kl ye? Nak kata gaji banyak, pptuih!. Ciput je. Kena potong gaji adalaa. Duit cukup smpai hujung bulan jek.

Hemmm...penat dah dok KL..

Live To Discover..

Sunday, February 1, 2009

1 February - Selamat Ulang Tahun

Salam semua,

Dalam kalender cuti umum Malaysia, tarikh ini adalah Hari Wilayah Persekutuan. Tapi dalam kalender hidupku, tarikh ni amat mengusik jiwa.

Walaubagaimanapun, aku sendiri keliru samada nak bergembira atau bersedih pada hari ni. Maybe perasaan bercampur baur. Kenangan tu susah sangat nak lupa, walaupun dah setahun berlalu. Ada yang cakap, tak perlu nak lupakan. Anggap itu satu kenangan manis. Tapi diri ini takla setabah mana. Walau dah cuba sekuat mungkin, patah hati juga di akhirnya.

Ada yang cakap aku bertuah. Bertuah ke? Emmm aku ni bukanla seorang positive thinker, dan iman aku ni rasanya takla setebal mana. Terlalu nipis. Kadang2 goyah jugak bila dapat dugaan macam ni. Bertuahnya dapat husband yang sangat penyabar dan understanding. Dia la penguat semangat aku. Dan dia jugala 'ustaz' yang sedaya upaya menyabarkan aku.

Ada juga yang cakap aku ni kuat. Oh tidak, maybe di luar nampak macam kuat, tapi dalam hati, senyap2...hanya husband je yang tahu..betapa gelongnya kepala aku ni.

Apala agaknya pandangan orang terhadap aku ye?teringin sangat nak interview orang2 yang kenal aku dan tau tentang peristiwa tu. Ada yang cakap diorang paham perasaan aku. Tapi pada aku, takde siapa yang paham, kecuali mereka yang bersituasi sama macam aku.

Apa2 pun, semua ni masih macam mimpi. Cuma kesan luka je yang menyedarkan aku ini semua realiti. Harap aku dapat bersabar sampai bila2. Dan harapan paling besar bagi aku dan suami agar dikurniakan pengganti yang lebih baik, seperti yang dijanjikan.

Selamat Ulang Tahun Muhammad Nur Syakirin...anakku..


Live To Discover..