Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Tuesday, January 13, 2009

HANGIN SATU BADAN!!!!!!

Salam semua,

Benci, benci , benci....benci kat semua sistem kat Malaysia ni...konon negara membangun...melingkup ade la...bayangkan..nak renew roadtax dan insurans moto (kapcai) pun teruk bangatttttt...

Ceritanya gini....roadtax moto hubby I will end at 13th jan (today...ignore this post's date, rubbishhhh). Actually dari semalam aku dah pegi pejabat pos (terminal, cyberjaya). Tup tup kakak kaunter tu cakap Kurnia Insurans ade problem 2-3 minggu (What??!!). So kena buat kat tempat lain, cari agent etc...daa??? tak penah aku tau mane2 agent sebelum ni. Agen insurans adalah makhluk tuhan yang paling tak seksi di mata aku selama ni...skang kena cari lak..

So atas nasihat kak wa aku searchla kat internet pasal Kurnia Insurans...nak cari agen terdekat. GOTCHA!! jumpe satu kat Pasar Awam Presint 8 Putrajaya...So aku pegila tempat tu waktu lunch setelah aku menge'call' dulu untuk confirm bukak ke x...sampai2 aku terus tunjuk slip insurans yang lama dan tanya bape kena bayo?terus dia bukak fail yang tebal 2 inci...scary...dan dia buat pengiraan yang panjang berjela seperti di bawah:

Basic Premium: rm48.60
+ Loading 100% (umur moto): rm48.60
total:rm97.20
+ loafing 10% (umur pemilik moto):rm2.70
total lagi:rm99.90
- less 25% (konon):rm 24.97
total:rm 74.92
+ stamp duty (banyek canteek):rm 10.00
total:rm84.92
+ (again) service charge:rm10.00
TOTAL:rm 94.92

can u imagine???sebelum ni aku bayo rm46.45 jek..bukan ke patutnyer semakin lama makin kurang insurans???nape naik lak???Bodoh punya kurnia insurans...hangin tahap gaban ni..

sambung cite..lepas agen tu abis kira, aku terkejut beruk + gorila..aku dahla bawak rm50 jek..mana cukup...dengan malunya aku cakap tak jadila renew...tak cukup duit..rupanya agentu cakap si Kurnia Insurans baru ubah polisi..boleh gitu?suka2 hati tuka tanpa war2 kan pada customer...kat sini aku nk tanya..apa hak pengguna sebenarnya? macam takde jek..benci benci benci...

So hari ni (last day of expired) aku pegila ke agen tu again, bawak duit secukupnya...melayangla duit ku..nasib boleh dapat rebate yang tak seberapa tu...lepas buat insurans aku pegila ke pejabat pos untuk proceed renew roadtax lak...sampai2 je lega tak ramai orang...aku beratur no 2 jek...tetiba aku ternampak satu sign merah "KOMPUTER DI LUAR TALIAN" . Berdegup jantung tu...tapi mata aku ni nampakla salah satu sistem yang down adalah JPJ al-buldush. Aku tanya kakak kauunter tu...sah!! JPJ sistem down...WHATTT!!! again. Tensyennyer....dari semalam aku jenuh berusaha me'renew' roadtax untuk hubby tercinta yang takde masa nak kuar sejak naik pangkat...sian dia jadi bahan aku melepaskan kemarahan...sorry bang...I tried my best...tp tak dapek nak tolong...

Kecewa sungguh aku dengan sistem2 kat malaysia ni...pada sapa nak mengadu ek?...maka tak be'renew'la roadtax moto hubby I..sapa yang salah? Kurnia Insurans dan JPJ yang aku tunjuk dengan jari telunjukku dengan kurang ajar sambil menunjai2 kepada mereka..Tengok! kita rakyat malaysia yang berbudi pekerti ni dengan setia membayar apa2 yang kerajaan suruh ONTIME. Tapi sistem diorang sendiri yang buat hal..kang jangan lak nak saman2 kalau orang lambat renew...memang nak kena lempang 80x la namanya.

Huhhhh penat...penat pegi macam2 tempat dan penat nuleh dah..adios..

Live To Discover..

Monday, January 12, 2009

Jalan-Jalan dengan family

Salam semua,

Last Weekend aku n family (me, hubby, adik n mak) gi jalan2. Kebetulan mak ada kat rumah aku, sian dia boring dok rumah je. Tapi mak tak larat nak bejalan, so kitorang bawak mak kat taman..tengok2 permandangan je.

Mula2 kami pergi kedai jual manik kat Bangi..hihi..aku je yang over excited..cadang nak survey je..tapi akhirnya TERbeli gak..hehek.

Lepas tu kami bawak mak gi Taman Rekriasi Air kat Wetland Putrajaya...cantik taman tu..ade tempat orang nak mancing lagi...pondok2 berehat tu standardla. Aku sempatla tangkap gambo sikit dengan mak n hubby..dengan adik takde la plak..lupa..



Me n Mom [uiks!! ade lak kepala tambahan kat belakang tu.. :) ]



Me n Hubby

Sekian melaporkan...

Live To Discover..

Tuesday, January 6, 2009

Dah Lama Tak Buat Tender

Salam semua,

Akhirnya....last week aku dan Kakwa dapat assignment buat tender JAS. Setelah sekian lama...hampir sebulan lebih takde tender kuar..so kami orang2 teknikal takde kejela..ngulat dan buat blog jela...

Oleh kerana dah lama tak buat tender, maka terkial-kialla aku menengok balik contoh tender2 lama..nama supplier pun ingat2 lupa..otak dah krem. Nasib baik buat secara duet..kalau sengsorang mesti kalut gile.

Inilah kehidupan orang buat tender..kalau time banyak tu nak makan pun tak sempat..(tapi aku makan gak, kalau perut kosong masuk angin..hihi..alasan kuat makan..mana tak tembunnn). Dan kalau macam hujung2 tahun, time goverment tutup semua akaun dan takde bukak tender, terus takde keje. Sampai aku sempat menjahit manik kat ofis..shhhh jangan bagitau orang..hihi..anyway time keje, aku keje leklok..time takde keje lepakle habis2an betul tak? takkan gedik nak tunjuk rajin lak..menaip laju2 depan bos..haha..sooo not me..

Okla, nak pegi lunch dengan supplier ni..hope kena belanja best2 punye..

Live To Discover..