Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.

Friday, March 20, 2009

Menu sihat??

Salam semua,

Sejak akhir2 ni aku mula mengamalkan menu sihat untuk memperkasakan usaha aku nak berdiet..hihi..so aku tercari2la kat internet antara menu2 yang senang disediakan..

Hasilnya...aku terjumpa menu Oat Tomyam di fotopages hanielize...kalau dah namanya oat mestilah sihat, kan? berdasarkan gambar atas ni Oat Tomyam tu yang kaler kuning ala2 bubur nasi tu...senang je nak buat...msk oat dengan air sampai kembang...pastu add pes tomyam..masaknya kejap je...tapi sebab 1st time buat, aku termasak lama smpai kembang sangat...lauknya ikan bilis goreng...sodaaapppnya bilis...dah lama tak makan...kalau tak buat nasi lemak alamat tak berusikla bilis tu kat dapur..hhii...sbagai tambahan..aku buat sup sayur...baru seimbang, kan?

Pengajaran dari memasak kali ni, aku rasa lain kali aku nk bubuh kiub ayam or bilis je dalam oat tu..sebab pes tomyan tu membawa satu bau yang kureng..lainla masak tomyam betul...tambah daun limau purut dan serai segala..wangila baunya...oklah korang pun cubala...makanla oat untuk mengawal kadar kolesterol anda..

Live To Discover..

Sunday, March 15, 2009

Aku yang simple...

Salam semua,
Aku just nak share tentang barang2 mekapku..hihi..rasanya tak layak dipanggil barang mekap, sebab seperti tajuk di atas, aku ni simple je. Barang mekap pun basic gile..
Lip balm: dari Avon, aku slalu pakai sebelum pakai lipstik, atau bila2 aku rasa bibir aku kering.

Lipstik: Maybelline, aku slalu tak pandai pilih kaler, kaler ni actually terang sangat, tapi masa test nampak elok je..tension gua.


2 way cake: from Cosway, namanya Miyami, best ooo, setaraf maybelline atau loreal kualitinyer, dan yang pasti murah je kalau offer, as low as RM 16.90.


Eye liner: dari Avon...bolehla......


Semua ni wajib ada dalam handbeg...
Okla...tu je nak habaq...daaa...
Simple tak aku?
Live To Discover..

Adik Ipar Ewin kawin

Salam semua,
Tadi, tengahari, pegi kenduri kat Banting. Ewin jemput. Adik iparnya kawin. Aku dan husband memang suka pegi kenduri kawin ni. Maklumla, makan sedap dan free..hihi. Bukan selalu dapat makan.
Ni kali kedua aku sampai Banting. First dulu masa kerja kat Tesco Kajang, pegi Banting untuk tengok2 Tesco Banting. Tapi masa tu datang tak ingat jalan langsung. Kali ni pulak datang berpandukan Google Map. So Alhamdulillah, boleh dikatakan tak sesat. Cuma di simpang last terpaksa jugak call untuk pastikan kesahihan simpang tu.
Dah lama tak jumpa Ewin, so excitedla. Dia maintain je macam last aku jumpa dia tahun lepas. Anak dia dah besar. Manja betul. Tapi sopan je cium tangan aku..hihi..pandai Ewin ajar anak dia.
Okla, jom layan gambar sekitar kenduri...

Ni husband Ewin and son diorang, Irfan..anak abah ni..

Ini aku dan Ewin la...kitorang member dari sekolah menengah tau..dari form 1..

Ni dessert, bubur caca + segala macam ubi...sedaaappp...

Ni main menu, nasi minyak, ayam goreng tepung, daging masak hitam, dalca sayur, rojak buah dan buah limau. Banyak gile menu dia. Tu pun aku tak amik rebung masak lemak, papadom bulat dan ikan masin. Aaaa air sirap, standard la..

Ini my hubby, ceria je lepas kenyang..hhihi..

Tu saja cerita dari Banting...nanti cite lain pulak..


Live To Discover..

Saturday, March 14, 2009

Professional Tailoring Scissor

Salam semua,

Kan dah cakap, oleh kerana ada kamera baru, maka hari ni boleh buat banyak post sikit. Ni nak cakap pasal gunting kain yang aku beli kat Cosway untuk aktiviti menjahitku. Actually aku dah penah mention kat post Aksi Memotong kain yang lepas...

Harga gunting ni 1 kupon + RM 19.90. Buatan Germany kalau tak silap. Gunting ni item redemption. So ahli Cosway sahaja boleh dapat. Memang best gunting ni. Mak aku pun telah mengiakannya. Sedap betul gunting kain.

Ok lah, taktau nak cakap ape dah, layan gambar je ek?





Live To Discover..

Kamera baru....

Salam semua,

Akhirnya...dah tak perlu pinjam dan mengenden (paham ke vocab ni?) kamera orang dah. Alkisahnye, masa balik Kedah cuti Maulidurrasul yang lepas, aku n hubby terjumpa kamera Fujifilm kat Star Parade, Alor Star. Tapi sebab ada masalah teknikal sikit, kami tak jadi beli. Pendam dalam hati je...

Tengahari tadi lepas kuar dr Fitness First IOI Mall Puchong, aku n hubby jalan2la dalam shopping mall tu. Tup2 terserempak kedai kamera. Pastu terjumpa la pulok kamera yang kami berkenan dulu tu...dengan cargas kami tanya itu ini dan test segala. Akhirnya kami belila kamera tu...Fujifilm S1000FD...gambo ni amik dari internet sebab susahle nak tangkap gambar kamera ni..dalam cermin tak cantik lak..so tunjuk bukti kotak je.





Lepas ni senangla aku nak menjalankan bisnes manik aku tu. Sebelum ni asyik pinjam kamera adik je. Susah gak pinjam2 ni, ye la, kadang2 time nak pinjam orangnyer takde pulak. Alamat melepas nak tangkap gamba..penah satu kes guna henpon je...kualiti memang tak sama punye..

Okla, lepas ni sure aku update blog hari2 macam adik, hihi. Tangkap gambo je kejenye..okla to be continue in next post...

Live To Discover..

Wednesday, March 11, 2009

Happy Bday to me...Happy Anniversary my Love

Salam semua,

Hari ni 11 Mac...hari ni beday aku...hukhuk dah tua diri ini..dan hari ini jugak merupakan 2nd anniversary for my marriage.

Emmm dah 28 tahun aku hidup. Setakat ni kejayaan yang paling besar dalam hidup aku ni adalah menerima degree..tu pun tahun 2003. Dan kenangan paling manis adalah bergelar isteri kepada suami tercinta, Mohammad Shahir b Ghazali pada tanggal 11 Mac 2007. Baik sungguh hati suamiku yang ingin melafazkan akad perkahwinan kami pada hari jadiku. Sejak tarikh tu, beday aku jadi lebih bermakna dan pastinya akan ingat sampai bila2...amin.

Sehubungan dengan itu..cheewah..adakah aku layak untuk menerima 2 hadiah sekaligus ataupun dijadikan 2 in 1..huuuuu...hikhik demand lak... Aku ni bukanla jenis yang eager dengan hadiah..lebih2 lagi dah tua ni. Cukupla sekadar ada yang ingat, terutamanya insan tersayang dan family. Kepada rakan2 yang masih ingat dan telah wish, terima kasih aku ucapkan.

Beday kali ini, kakak aku kat Ipoh nun telah menjadi juara kerana telah menjadi orang 1st yang wish hepi bday n anniversary pada aku, awal dia wish, malam sebelum pukul 12 tgh malam. Nak tido awal la tu kot. Aku ingatkan Hubby tercinta yang akan 1st wish..rupanya kakak lak..apa2pun thanks sis..miss u and ur kids a lot..

Kalau nak dilistkan wish aku tahun ni (bday wish la kunun), banyak sangat..list ikut priority:-

* Nak pregnant dengan selamat dan nak anak secepat mungkin
* Semoga rezeki aku murah dan terbuka peluang nak setup satu bisnes (maybe bidang jahitan) dengan jayanya
* Dalam masa yang sama, aku harap kompeni aku keje skang ni tak bangkrup dan takkan buang orang. Juga takkan potong gaji lagi...enuffff!!!
* Semoga semua yang berada di sekeliling aku akan sihat sejahtera esp. hubby dan family
* Dan lain2 lagi.....

Alhamdulillah....bersyukur kepada Ilahi kerana Kau masih mengizinkan aku bernafas hingga ke hari ini.

Wassalam.

p/s: bawah ni hadiah harijadi dr adik...sesak2 habis kacang boleh guna..hihi



Live To Discover..

Thursday, March 5, 2009

Aksi memotong kain

Salam semua,

Walaupun tajuknya aksi memotong kain, yg pasti gambar aksi aku tidak dipamerkan atas sebab2 aurat..hihi. Ape ke jadahnye motong kain pakai tudung kat rumah...

Kertas2 kuning tu (kertas minyak) adalah hasil yang aku buat semasa kelas menjahit..kiranya kertas tu adalah master bagi ukuran badan aku la (baju kurung) dan boleh digunakan sampai bila2 selagi bentuk badan tak naik (turun jangan harapla).

Oh kalau korang nampak, gunting tu di beli di Cosway..murah je..1 kupon + rm19.90. Kalau kat luar mahal woo gunting tailor. Nasib baik husband ahli cosway...

Oppss melalut...kain ni 2 meter je..aku nak buat baju je. Kain dah ade kaler putih kosong..kain nikah dulu..hihi..recycle. Jangan membazir. Kain ni dibeli di Nagoya, Tesco Kajang dan dipilih warna ni untuk selaras dengan kaler tema perkahwinan adikku nanti..asyik2 pink..tunang pink..kawin pink..takde kaler lain..hihi ngumpat lak.

 


Aksi ni adalah memotong kain untuk bahagian badan...

 


Lagi aksi memotong kain untuk bahagian badan...straight je..dont belok2

 


Ni pulak tengah adjust kain untuk bahagian tangan..mencabar beb..ingat senang ke buat baju kurung?

 


Tak siap2 bahagian tangan..hihi..amatur la katakan...

Live To Discover..
Posted by Picasa